Elextra konsep EV – 680 hp, 0-100 km/j dalam 2.3 saat

Elextra konsep EV – 680 hp, 0-100 km/j dalam 2.3 saat

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pula pengeluar kenderaan mahu menghasilkan kenderaan elektrik (EV) termasuk yang memiliki prestasi tinggu dan luar biasa. Ini termasuklah Elextra, model konsep dari Classif Factory yang berpusat di Switzerland, dengan hamburan kuasa yang tidak terduga.

Dengan jumlah sistem kuasa keseluruhan mencecah 680 hp, Elextra mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 2.3 saat. Ia lebih pantas berbanding Nio EP9 (2.7 saat), Porsche Mission E konsep (3.5 saat) dan Tesla Model S P100D. Kelajuan maksimumnya pula terhad sehingga 250 km/j.

Penjana kuasanya terdiri daripada dua motor elektronik, setiap satu gandar pula akan memacu semua-roda. Sistem kawalan pula mengagihkan daya tork secara bebas ke roda hadapan dan belakang untuk memastikan penarikan maksimum dalam beberapa jenis keadaan.

Syarikat ini juga mendakwa Elextra mampu dipandu sehingga 600 km dalam kelajuan antara 100 km/j, tetapi tidak mendedahkan sebarang spesifikasi berkaitan dengan pek bateri bagi jentera empat-pintu ini.

Apa yang kami tahu ialah Elextra bakal dibaluti gentian karbon yang kuat pada kerangka badannya, menjadikannya ia lebih keras dan tegar. Syarikat ini juga mendakwa, ia mampu mengurangkan penjimatan beratnya sebanyak 25% berbanding menggunakan struktur alumnium konvensional.

Bagi penggayaannya, bahagian hadapan Elextra ditampilkan dengan bonet berbucu curam, disambung pada lampu utama nipis. Kelihatan juga garisan bumbung yang rendah dan panjang serta wing berbentuk-V.

Elextra ini hanya akan diproduksi sebanyak 100 unit sahaja, setiap satunya dengan binaan-tangan, dihasilkan di Stuttgart, Jerman oleh syarikat yang tidak didedahkan yang mempunyai rekod kepakaran penghasilkan kenderaan dalam jumlah yang rendah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required