Maserati Levante terima pengolahan talaan Novitec

Maserati Levante terima pengolahan talaan Novitec

Novitech telah terlibat dengan pengolahan semula bagi pakej talaan terkini bagi Maserati Levante, dengan memperkenalkan beberapa komponen prestasi dan estetik bagi SUV premium berkenaan. Malah sedikit sebanyak ia turut memberikan kesan yang dramatik terhadap Levante.

Ini termasuklah kit widebody dengan saiz dapra yang dipertingkatkan kelebarannya hingga 100 mm pada bahagian hadapan dan 120 mm di belakang. Ruang tambahan tersebut memberikan padanan roda bersaiz 22-inci turut sesuai ditampilkan, dengan balutan tayar 295/30 di hadapan dan 335/25 di belakang.

Selain itu, kekemasan gentian karbon turut ditampilkan pada bonet, lip spoiler pada bampar hadapan dan peresap belakang. Untuk lebih keteguhan, suspensi udara Levante telah dikurangkan sebanyak 25 mm untuk ketinggian pengendalian.

Maserati Levante terima pengolahan talaan Novitec

Bagi prestasinya, Novitec turut mempertingkatkan kedua-dua versi petrol dan diesel bagi enjin 3.0 liter pengecas turbo V6 untuk Levante. Bagi enjin diesel, kuasa yang dihamburkan mencecah 318 hp dan 680 Nm, iaitu lebih 43 hp dan 80 Nm berbanding versi standard.

Sementara itu, penjana kuasa petrol pula boleh menghasilkan kuasa sehingga 487 hp dan 660 Nm, iaitu lebih 57 hp dan 80 Nm berbanding Levante versi S. Novitec berkata peningkatan bagi varian diesel, membolehkan Levante dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.2 saat (dari 6.9 saat), sementara versi petrol pula dalam 4.8 saat (dari 5.2 saat).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required