38 stesen penguatkuasaan ditempatkan di lokasi ‘hitam’ sempena Hari Raya Aidilfitri ini – KP JPJ

38 stesen penguatkuasaan ditempatkan di lokasi ‘hitam’ sempena Hari Raya Aidilfitri ini – KP JPJ

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menempatkan 38 stesen penguatkuasaan (EBS) di sepanjang lebuh raya utama bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan secara berterusan dan menyeluruh.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron, EBS berkenaan merupakan pusat pemeriksaan bagi memastikan anggota JPJ membuat rondaan di sepanjang laluan yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, laporan Bernama.

“Selain menjadi pusat pemeriksaan untuk anggota, EBS juga akan menjadi kawasan pemeriksaan sekiranya pasukan ronda mengesan pengguna jalan raya melakukan kesalahan. Kita juga akan mengeluarkan saman di EBS sekiranya kenderaan yang anggota ronda tahan itu telah melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2017 di Plaza Tol Sungai Besi semalam.

Beliau berkata antara lokasi EBS ialah Plaza Tol Tangkak, Johor; Plaza Tol Rawang, Selangor; Plaza Tol Ipoh; Perak dan Plaza Tol Sungai Dua Butterworth, Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan seramai 3,128 anggota dan pegawai akan bertugas sepanjang Ops HRA 2017 yang bermula semalam hingga 2 Julai ini.

“Tahun ini, kita menambah 1, 128 anggota berbanding tahun lepas hanya 2,000 yang bertugas pada musim perayaan ini. Pertambahan ini bagi memastikan pengguna jalanraya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, kita juga akan mengerakkan 815 kenderaan penguat kuasa yang ditempatkan di kawasan tumpuan kemalangan,” katanya.

Tambahnya lagi, setakat dua hari Ops HRA 2017 dijalankan, pihaknya telah memeriksa lebih 5,000 kenderaan.

“Dari jumlah itu, sebanyak 521 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh. Kita memandang serius perkara ini dan tindakan lebih tegas boleh diambil sekiranya pengguna jalanraya masih berdegil,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required