JPJ telah keluarkan 77,242 saman AWAS, KEJARA

JPJ telah keluarkan 77,242 saman AWAS, KEJARA

Sejak dilaksanakan pada 15 April lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 77,242 saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) sehingga semalam.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, 68,830 saman dikenakan kepada pemandu yang tidak mematuhi had laju manakala 8,412 lagi saman bagi kesalahan melanggar lampu isyarat merah, laporan Bernama.

“Hasil pemerhatian dalam tempoh itu didapati KM 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), iaitu di Slim River, Perak (arah utara) dicatatkan sebagai kawasan paling kerap had laju dilanggar,” katanya kepada pemberita semalam.

Baru-baru ini, JPJ telah mengumumkan tujuh lagi lokasi kamera AES yang dipasang di kawasan panas baharu yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

JPJ telah keluarkan 77,242 saman AWAS, KEJARA

Tujuh lokasi baharu terbabit adalah di KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh, KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar, KM 17 Gua Musang-Kuala Krai, KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda, KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh.

Selain itu, empat lagi kamera AES turut dipasang di persimpangan lampu isyarat, iaitu di KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg.Kerdah), Jalan Pasir Putih-Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul) dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu).

Selain itu, lokasi yang turut tersedia dengan kamera AES sebelum ini termasuklah di KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara), KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah Selatan), KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara), KM 6.6 SKVE (Puchong Ke Kajang), Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju PICC), Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC ke Kajang), KM D7.9 Sungai Besi, Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (arah ke Utara).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required