Harga bahan api 13-19 Julai – petrol, diesel naik lagi

Harga bahan api 13-19 Julai – petrol, diesel naik lagi

Minggu ketiga bulan Julai nampaknya menyaksikan harga bahan api petrol dan diesel terus naik untuk kali dua berturut-turut. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan harga petrol RON 95, RON 97 dan juga diesel naik sedikit bermula tengah malam ini.

Harga siling bagi bahan api RON 95 naik 4 sen minggu ini, kini menjadi RM1.97 seliter, manakala RON 97 naik 3 sen menjadi RM2.22 seliter. Diesel pula turut naik sebanyak 4 sen bagi Euro 2 menjadi 1.96 sen seliter dan RM2.06 seliter untuk Euro 5 M.

Semua harga yang diumumkan ini akan kekal bagi tempoh seminggu iaitu sehingga 19 Julai hadapan. Minggu sebelum ini iaitu 6 hingga 12 Julai, harga siling bagi bahan api RON 95 naik sebanyak 4 sen menjadi RM1.93 seliter, manakala RON 97 juga naik sebanyak 4 sen, menjadi RM2.19 seliter. Bagi diesel pula ia naik sebanyak 7 sen seliter untuk Euro 2 dan Euro 5.

Kali terakhir harga bahan api ini turun ialah pada minggu pertama bulan ini (29 Jun- 5 Julai) yang ketika itu Ron 95 dijual pada harga RM1.89 sen seliter (8 sen lebih murah) , Ron 97 berharga RM2.15 seliter (7 sen lebih murah), manakala diesel Euro 2 pula dijual RM1.84 sen seliter (12 sen lebih murah).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required