MRT Sg. Buloh-Kajang laluan Fasa 2 hampir siap sepenuhnya – bakal beroperasi minggu hadapan

MRT Sg. Buloh-Kajang laluan Fasa 2 hampir siap sepenuhnya – bakal beroperasi minggu hadapan

Fasa kedua laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan siap sepenuhnya dalam masa seminggu lagi, dan laluan Semantan-Kajang berkenaan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini, menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, fasa pertama yang melibatkan laluan Sungai Buloh-Semantan yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Dis lalu. Laluan fasa kedua ini pula bakal melengkapkan Laluan SBK sepanjang 51 km dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, fasa kedua Laluan SBK sejauh 30km yang mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah. Majoriti stesen berkenaan dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmatan rel bandar.

Daripada jumlah stesen itu, 14 stesen iaitu Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih dan Merdeka terletak di kawasan strategik dan berpopulasi tinggi bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar.

MRT Sg. Buloh-Kajang laluan Fasa 2 hampir siap sepenuhnya – bakal beroperasi minggu hadapan

Menurut Najmuddin lagi, stesen-stesen berkenaan juga dibina bagi mengintegrasikan dengan stesen Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan stesen Monorel bagi meningkatkan kemudahan kesalinghubungan perjalanan untuk pengguna – misalnya pembinaan laluan pejalan kaki menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan KL Sentral adalah bagi tujuan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan di pusat bandar.

“Kesalinghubungan dengan perkhidmatan pengangkutan lain adalah amat penting bagi pengguna dan setiap stesen MRT memainkan peranan penting antara satu sama lain,” katanya.

Projek bernilai RM23 bilion ini mula dibina pada 8 Julai 2011, dan akan memberi perkhidmatan di sepanjang koridor yang mempunyai 1.2 juta penduduk. Setiap set tren untuk laluan berkenaan mempunyai empat gerabak, membolehkan kapasiti sebanyak 1,200 penumpang dengan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarkan bilangan penumpang harian kira-kira 430,000 orang.

Satu lagi laluan, yang melibatkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) digelar Laluan MRT Kedua (MRT-2) sepanjang 52.5km, dijangka siap pada suku kedua 2022 manakala laluan terakhir, MRT-3, melibatkan kawasan pusat bandar masih di peringkat perancangan dan pembangunan.

GALERI: MRT laluan Sungai Buloh-Kajang Fasa 1

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required