Lease2Go oleh Mercedes-Benz Services Malaysia – perincian kos program skim pembiayaan kenderaan

Awal minggu ini, Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) telah memperkenalkan program Lease2Go, iaitu satu program pembiayaan kenderaan alternatif, tanpa sebarang bayaran muka untuk mereka yang berminat untuk memiliki kenderaan Mercedes-Benz.

Seperti yang diberitahu tadi, pilihan pembiayaan ini membenarkan pelanggan berpotensi memandu pulang model terbaru Mercedes-Benz ataupun jika mereka ingin menaik taraf pada masa hadapan.

Dalam program ini, terdapat pakej sewa yang boleh diubah suai, dengan pilihan tempoh sewaan (satu hingga empat tahun) dan jumlah jarak yang digunakan setiap tahun (20,000, 25,000 atau 30,000). Dalam program ini, premium insurans kenderaan dan cukai jalan semuanya dimasukkan sekali dalam bayaran sewa setiap bulan, bersama perlindungan tayar/rim dan khidmat bantuan tepi jalan 24/7.

Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan program Lease2Go ini hanyalah membayar deposit jaminan (akan dipulangkan kembali), dan bayaran sewa awal untuk satu bulan. Selepas itu, mereka perlu membayar jumlah sewaan bulanan sepanjang kereta tersebut digunakan, seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian, bersama kos servis kenderaan tersebut.

Pada penghujung tempoh sewaan, kereta tersebut perlu dipulangkan, dan pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf kepada model Mercedes-Benz yang lain. Dari sudut pandangan perakaunan, kereta tersebut secara sahnya dimiliki oleh syarikat yang menyewakannya.

Lease2Go oleh Mercedes-Benz Services Malaysia – perincian kos program skim pembiayaan kenderaan

Bagi membantu orang ramai faham apa manfaat program ini dan kos yang terlibat, Mercedes-Benz Malaysia telah mengeluarkan jadual yang menerangkan kos apabila memilih program Lease2Go ini, dan dibandingkan dengan skim Agility Financing serta cara jual-beli biasa.

Beberapa pembaca kami telah menghantarkan jadual ini untuk dikongsi, namun ia perlu dinyatakan bahawa kira-kira yang dilakukan adalah untuk bulan Julai 2017, dan mungkin boleh disemak semula pada masa hadapan.

Model yang dimasukkan dalam jadual ini adalah A 200, C 200 Avantgarde, C 200 Exclusive, C 250 AMG Line, CLA 200, E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde dan Exclusive, GLA 200, GLC 250 dan S 400 h. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual tersebut, program Lease2Go menawarkan bayaran yang lebih rendah berbanding skim pemilikan jual-beli biasa, tetapi program Agility Financing dilihat lebih kompetitif.

Lease2Go oleh Mercedes-Benz Services Malaysia – perincian kos program skim pembiayaan kenderaan

Sebagai contoh, untuk mendapatkan A 200 di bawah program Lease2Go, keseluruhannya anda perlu membayar sebanyak RM200,933 dalam masa 36 bulan (3 tahun), iaitu dengan bayaran bulanan berjumlah RM5,581, termasuk insurans dan cukai jalan. Untuk tempoh tiga tahun tersebut, pakej servisnya berjumlah RM19,228.

Jika anda mengambil kereta sama menggunakan program pembiayaan jual-beli biasa selama 60 bulan (5 tahun), bayaran keseluruhannya adalah RM254,769, tetapi bayaran bulanan adalah lebih rendah iaitu RM3,530. Tetapi perlu diingat juga, dalam program biasa ini, anda perlu membayar muka RM25,992.

Melalui program Agility Financing pula, pelanggan perlu membayar jumlah muka yang sama, iaitu RM25,992, tetapi jumlah keseluruhan untuk tempoh 36 bulan adalah lebih rendah iaitu RM146,985. Bayaran bulanan adalah RM3,109, tetapi program ini (serta program jual-beli biasa) tidak mencampurkan sekali insurans dan cukai jalan.

Tarikan utama untuk program Lease2Go ini adalah pembeli berpotensi tidak perlu membayar bayaran muka tinggi untuk membawa pulang kereta Mercedes-Benz, dan tiada komitmen untuk pemilikan atau penghapusan kenderaan tersebut pada penghujung tempoh sewaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required