Perodua Axia kini capai 250,000 unit pengeluaran

Perodua Axia kini capai 250,000 unit pengeluaran

Sejak dilancarkan pada tahun 2014, kini Perodua Axia telah mencapai 250,000 unit pengeluarannya. Ini merupakan antara penanda aras dan pencapaian yang membanggakan oleh Perodua kerana menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia dalam kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan bagi kenderaan tersebut.

“Kami gembira dan terharu dengan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia untuk Perodua secara amnya dan bagi Axia khususnya. Pengiktirafan daripada semua rakyat Malaysia ini adalah bukti mengenai penawaran Axia, bukan sahaja dari sudut mampu milik tetapi juga mengenai penawaran secara keseluruhan, termasuk kualiti dan keselamatan,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

Pada Januari lalu, Perodua telah melancarkan barisan Axia facelift 2017 dan ia masih dikekalkan dengan lima varian. Varian paling rendah Standard E dijual pada harga RM24,900, Standard G manual (RM34,900), Standard G automatik (RM36,900), SE manual (RM37,900), SE Auto (RM(RM39,900 ) serta Advance (RM42,900).

Perubahan terbesar yang dilakukan pada versi kemaskini ini ialah pada enjinnya, di mana Axia facelift kini diberikan enjin 1.0 liter SOHC VVT-I 1KR-VE dari Bezza menggantikan enjin 1.0 liter 1KR-DE tanpa sistem VVT-i.

Ini membolehkan kuasa maksimum Axia ini meningkat 1 hp dan 1 Nm, dari sebelum ini, menjadikan keseluruhannya 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm tork pada 4,400 rpm, disalurkan kepada roda depan melalui pilihan kotak gear manual lima-kelajuan dan automatik empat-kelajuan, sama seperti sebelum ini.

Malah Perodua turut mengumumkan penerima unit ke 250,000 bagi Axia telah pun diserahkan kepada pemiliknya, Isma Nurul Farhana Ishak yang berasal dari Pulau Langkawi. Bertugas sebagai guru, Isma memberitahu Axia menjadi pilihannya kerana kagum dengan kecekapan bahan api dan rupa bentuknya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required