Mercedes-Benz patenkan rekaan beg udara luar untuk pejalan kaki, diletakkan pada kedua-dua tiang-A

Mercedes-Benz patenkan rekaan beg udara luar untuk pejalan kaki, diletakkan pada kedua-dua tiang-A

Mercedes-Benz telah memfailkan paten rekaan beg udara sebelah luar untuk melindungi pejalan kaki sekiranya berlaku pelanggaran yang diletakkan pada kedua-dua belah tiang cermin hadapan atau tiang-A. Idea berkenaan merupakan lanjutan daripada rekaan bonet yang akan tercabut sendiri, yang juga dibina untuk meminimakan kecederaan pejalan kaki sekiranya berlaku kemalangan sedemikian.

Untuk rekaan ini, beg-udara pada tiang-A berkenaan akan meletup dan terkeluar apabila menerima arahan dari modul kawalan – setelah penderia menerima isyarat bahawa kemalangan sedang berlaku. Walau bagaimanapun, ia hanya beroperasi setelah bonet hadapan tercabut sendiri akibat pelanggaran berkenaan.

Untuk situasi normal, beg udara berkenaan tersimpan rapi di dalam tiub fabrik yang diletakkan sepanjang tiang-A tersebut, yang juga disorokkan dari penglihatan.

Menurut Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat, rekaan ini tela difailkan oleh Mercedes-Benz pada Julai 2015 dan diterbitkan pada 3 Ogos tahun ini. Ini bermaksud rekaan tersebut sudahpun berusia dua tahun dan berkemungkinan besar ia sudah hampir sedia untuk muncul pada mana-mana model produksi tidak lama lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required