Vespa Sei Giorni – paling berkuasa dan berteknologi

Vespa Sei Giorni – paling berkuasa dan berteknologi

Vespa “Sei Giorni” (bermaksud Six Days) adalah sebuah model lagenda yang telah memenangi sembilan medal emas dalam perlumbaan rali Sei Giorni Internazionale di Varese pada tahun 1951. Hanya 300 unit model istimewa ini dihasilkan, dan kebanyakannya hanya digunakan untuk acara khas, dan menjadi kegilaan para pengumpul.

Kini, Vespa mengeluarkan sebuah model memperingati Sei Giorni, yang menggunakan asas teknikal daripada model GTS 300 – punca kuasa datang daripada enjin satu silinder empat strok suntikan bahan api 300 cc yang berkemampuan 20.2 hp pada 7,750 rpm dan 22 Nm tork pada 5,000 rpm. Enjin ini juga mendapat kelulusan emisi tahap Euro 4.

Vespa turut menggelarkan model Sei Giorni baru yang akan dikeluarkan dengan nombor edisi ini sebagai Vespa paling berkuasa dan paling berteknologi pernah dihasilkan. Dari aspek teknologi ia dilengkapi dengan antaranya soket pengecas USB, lampu penunjuk arah LED, sistem ABS dan lampu siang LED.

Bentuknya dilihat mempunyai lampu utama yang diletakkan rendah atas penghadang lumpur hadapan, tempat duduk kelihatan seperti untuk satu orang sahaja, tetapi sebenarnya masih boleh diduduki oleh penumpang, pemegang yang terdedah, seperti model Sei Giorni asal dan penghadang angin burnished. Terdapat juga tanda nombor berlatar belakang hitam.

Sekiranya mahukan lebih lagi, pemilik boleh menambah aksesori kepada Vespa Sei Giorni ini dengan antara pilihan seperti rak meletak barang, kotak simpanan 42 liter, penghadang kaki, sistem anti curi mekanikal, sistem anti curi elektronik, karpet anti gelincir, beg kulit, GPS Tom Tom Vio dan sambungan Vespa Multimedia Platform. Harganya adalah 6,290 pound (RM35,082) di United Kingdom.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required