Peugeot 208 ditawarkan dengan pakej naik taraf Pure

Peugeot 208 ditawarkan dengan pakej naik taraf Pure

Awal tahun ini, Peugeot 208 Puretech diberikan facelift untuk pasaran Malaysia, dan kini ia ditawarkan dengan pakej naik taraf pilihan berharga RM15,900 dan dinamakan sebagai pakej Pure. Melalui pakej ini, pelanggan akan menerima tambahan pelekat badan Peugeot Sport, spoiler belakang Peugeot Sport, tempat duduk kulit premium serta penapis haba cermin dengan ciri keselamatan.

Bagi model standard Peugeot 208 Puretech, ia dijual pada harga RM87,245.17, dan menggunakan enjin tiga silinder 1.2 liter turbo dengan kuasa sebanyak 112 PS dan 205 Nm tork disampaikan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik Aisin enam kelajuan. Model ini boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 9.8 saat dan kelajuan maksimum pula adalah 190 km/j.

Pada bahagian dalam, ciri informasi dan hiburan dikawal melalui skrin pelbagai fungsi tujuh inci, dan boleh disambung dengan USB dan Bluetooth. Enam pembesar suara Arkamys disediakan pada kenderaan ini dan pemilik turut mendapat tempat duduk yang boleh dilaras ketinggiannya, roda stereng kulit dengan butang kawalan serta sistem pendingin hawa automatik dua zon.

Selain itu, terdapat juga tempat duduk fabrik 3D Techmat, dan ciri keselamatan seperti enam beg udara, stability control, dan sistem brek ABS, EBD dan BA. Peugeot 208 Puretech dikatakan boleh memberi catatan penggunaan bahan api sekitar 4.5 l100 km.

Anda boleh melihat spesifikasi penuh bersama kelengkapan yang ada pada Peugeot 208 ini di CarBase.my.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required