Continental tunjukkan dua teknologi tayar baharu di Frankfurt – guna pengesan dan boleh ubah bentuk

Continental tunjukkan dua teknologi tayar baharu di Frankfurt – guna pengesan dan boleh ubah bentuk

Frankfurt Motor Show bukan sahaja melibatkan penyertaan pengeluar kenderaan, tetapi juga banyak lagi syarikat lain yang berkaitan automotif dan teknologi. Antara yang terkemuka adalah Continental, dan untuk pameran tahun ini, syarikat itu membawa dua teknologi tayar konsep baharu iaitu ContiSense dan ContiAdapt.

ContiSense adalah satu teknologi yang boleh menghantar data keadaan tekanan angin tayar semasa kepada pemandu, dan memberi amaran secara cepat sekiranya ada sesuatu yang menembusi tayar tersebut. Ia menggunakan pengesan di dalam tayar, dan data diperolehi melalui tayar yang dibina dengan getah yang boleh mengalirkan elektrik. Ia juga dikatakan dapat menyampaikan maklumat lebih pantas berbanding teknologi pemerhatian tekanan angin tayar yang diguna sekarang.

Pada masa hadapan, ContiSense boleh ditambah dengan pengesan lain di dalam tayar, untuk tugas yang lain seperti mengetahui keadaan permukaan jalan dan suhu tayar, dan maklumat boleh disampaikan kepada pemandu melalui sistem elektronik kenderaan, ataupun secara bluetooth kepada telefon pintar.

ContiAdapt pula adalah seperti pilihan mod untuk menyesuaikan tayar dengan keadaan permukaan jalan iaitu Efficient, Rain, Comfort dan Traction. Konsep yang digunakan adalah apabila mod ditukar, saiz permukaan tayar yang bersentuh dengan jalan juga akan bertukar. Teknologi ini menggunakan micro-compressor yang disepadukan di dalam rim yang boleh berubah saiz.

Sebagai contoh, apabila memilih mod Efficient, lebar tayar akan menjadi lebih kecil, dan tekanan angin dalam tayar juga jadi lebih tinggi supaya kurang rintangan. Ini seterusnya memberikan pemanduan yang lebih cekap dan penggunaan bahan api lebih baik. Dalam mod Traction pula, tayar akan menjadi lebih lebar, manakala tekanan angin lebih rendah supaya tayar dapat lebih mencengkam.

Bagi Continental, teknologi tayar baru ini sangat berguna, apatah lagi, kenderaan masa hadapan juga semakin banyak yang mementingkan kecekapan. Dengan menggunakan teknologi ini, tayar untuk kenderaan elektrik contohnya, dapat memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required