Sistem integrasi tiket untuk pengangkutan awam sedia dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2019 – Nancy

Pada akhir Julai lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, kerajaan sedang mencari kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan rel di negara ini.

Ia melibatkan semua perkhidmatan rel termasuk KTM Komuter, sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura dan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Walau bagaimana pun, Liow memaklumkan sistem integrasi tiket menggunakan satu tiket bagi semua perkhidmatan rel di negara ini, akan mula beroperasi bulan depan dengan permulaan di 20 stesen komuter sekitar Lembah Klang dengan jumlah yang akan ditambah pada tahun hadapan.

Namun menurut laporan The Sun hari ini, perkara tersebut hanya akan bersedia dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2019.

Perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri yang turut bertanggungjawab dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) turut berkata, sistem integrasi tiket bersepadu ini sedang dalam proses untuk dilaksanakan secara berperingkat. Katanya lagi, buat masa ini LRT dan MRT telah pun mengadaptasikan sistem ini, iaitu dengan menggunakan platform Touch ‘n Go.

“Apa yang sedang berlaku sekarang ini ialah kami mahu memastikan semua penyedia pengangkutan awam bersedia (untuk sistem) ini. Namun buat masa ini, tidak semua (bersedia melaksanakannya). Walau bagaimana pun, kami mahu melaksanakan sistem ini secepat mungkin. Disasarkan siap sepenuhnya menjelang 2019,” ujar Nancy dalam sidang media selepas Mesyuarat Kedua International Association of Public Transport (UITP) Asia-Pacific Organising Authority Platform pagi ini.

Di bawah sistem ini, para penumpang tidak lagi perlu menggunakan kad yang berlainan untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang berbeza.

Dalam masa yang sama, difahamkan pemasangan untuk sistem ini melibatkan kos yang agak tinggi kerana ia memerlukan teknologi berkaitan termasuk GPS yang akan dipasang di kenderaan terbabit, terutamanya pada bas, untuk menentukan tambang berdasarkan jarak perjalanan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required