Mitsubishi Xpander dimasukkan dengan elemen X-Trail

Mitsubishi Xpander dimasukkan dengan elemen X-Trail

Mitsubishi Xpander telah membuat kemunculan pertama semasa pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2017, dan ada laporan selepas itu yang menyatakan ia turut akan dijual menggunakan nama Nissan di negara tersebut. Sekiranya anda tertanya bagaimana rupa model tersebut, ini ada satu lukisan digital yang dihasilkan oleh RZ Autoworks sebagai gambaran.

Seperti yang boleh dilihat, muka hadapan menonjol Xpander telah diubah menjadi lebih ‘lembut’, dengan terdapat gril V Motion serta lampu daripada X-Trail. Bahagian bawah bampar pula diubah sedikit berbanding yang terdapat pada X-Trail, dan ia datang lengkap dengan lampu kabus.

Bagi menjadikan rekaan keseluruhannya ‘lebih Nissan’ dan serasi, bahagian rim serta bumbung juga diletakkan dengan unit sama seperti pada X-Trail. Walaubagaimanapun, pada pandangan kami, bahagian tepinya kelihatan sedikit ‘kosong’, dan jika ada kemasan plastik di keliling lengkuk roda serta bawah pintu, ia mungkin akan menjadi lebih menarik dan menaikkan lagi pesona MPV crossover.

Meskipun kereta yang anda lihat ini hanyalah hasil lukisan digital, telah terdapat khabar angin yang menyatakan Xpander juga akan dijual menggunakan jenama Nissan. Walaupun begitu, masih belum dinyatakan sama ada ia adalah sekadar ditukar jenama sahaja ataupun rekaan juga diubah.

Selain itu, Xpander juga dilaporkan akan tiba di Malaysia pada tahun hadapan, dan akan memberi saingan kepada Honda BR-V yang kini sedang menikmati jualan dalam segmen sama. Jadi, rupa mana yang menjadi kegemaran anda? Yang asal atau hasil lukisan ini?

GALERI: Mitsubishi Xpander Sport Automatik

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required