AKLEH bakal laksana sistem RFID seawal tahun depan

AKLEH bakal laksana sistem RFID seawal tahun depan

Sistem transaksi pembayaran tol baharu yang dipanggil sistem Pengenalan Frekuensi Radio atau Radio Frequency Identification (RFID) khabarnya sedang menjalani beberapa siri ujian pelaksanaannya sejak tahun 2015. Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Dato’ Ismail pernah berkata sistem RFID ini dijangka akan diimplementasikan di lebuhraya di negara ini mulai 28 Januari 2018.

Terkini, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) telah mengeluarkan kenyataan telah bersedia untuk melaksanakannya seawal tahun hadapan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) Datuk Mohammad Azlan Abdullah, AKLEH telah menjalankan ujian bagi melaksanakan RFID pada beberapa kenderaan termasuk kereta polis.

“Kami yakin menjelang awal 2018, kami boleh melaksanakan RFID di AKLEH dan kemudiannya di lima lebuh raya lain yang kami kendalikan. Ini selaras dengan sokongan kami terhadap pelaksanaan sistem pembayaran elektronik sepenuhnya bagi melancarkan aliran trafik,” katanya kepada Bernama.

Selain AKLEH, PROLINTAS yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), turut mengendalikan lima lebuh raya lain iaitu Lebuhraya Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK) serta Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang sedang dalam pembinaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required