Daihatsu DN Pro Cargo – van kei-car konsep, bakal didedahkan sepenuhnya pada Tokyo Motor Show 2017

Daihatsu DN Pro Cargo – van kei-car konsep, bakal didedahkan sepenuhnya pada Tokyo Motor Show 2017

Daihatsu memang pakar dalam menghasilkan kereta kompak di bawah undang-undang K-Car Jepun. Bukan sahaja hatchback penumpang biasa, malah jenama berkenaan turut menghasilkan kenderaan lain dengan panjang keseluruhan tidak sampai 3.5 meter ini termasuk kereta sport dan juga kenderaan pelbagai guna yang lain seperti van dan sebagainya.

Bagi mereka yang meminati K-Car ini, Daihatsu Mira Walk-Through Van (dengan kepala menyerupai Perodua Kancil atau Kelisa, tetapi dengan bahagian kabin van) tentunya tidak asing lagi. Model konsep baharu yang bakal didedahkan pada Tokyo Motor Show ini mungkin akan menjadi penyambung bagi generasi-generasi Walk-Through Van Daihatsu sebelum ini.

Digelar sebagai DN Pro Cargo, kei-van ini menampilkan lantai yang sangat rendah, bersama bumbung setinggi 1.6 meter. Ini membolehkan model konsep ini bukan sahaja mampu memuatkan pelbagai barangan besar pada asas yang kecil, ia juga memudahkan akses kedalamnya terutamanya ketika mengangkat barang masuk kedalam.

Menurut Daihatsu, kenderaan ini direka bagi “mudah untuk digunakan terutamanya bagi wanita dan warga emas”, dan ia menggunakan sistem “variable rich multi-unit” bagi membolehkan penggunaannya disesuaikan pada pelbagai kegunaan dan industri.

Walau bagaimanapun model konsep ini tidak lagi menggunakan enjin petrol 660 cc, sebaliknya bakal menggunakan sistem elektrik sepenuhnya. Namun, Daihatsu masih lagi belum mendedahkan sebarang spesifikasi unit janakuasa elektrik tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required