VIDEO: Nissan GT-R /C dikawal secara jarak jauh dari helikopter guna pad kawalan DualShock Playstation 4

Saya pasti, mereka yang lahir pada era 80’an dan meminati kereta ada dua fasa genre kereta yang mereka suka – minat terhadap Supercar Eropah seperti Ferrari F40 dan Testarossa, Lamborghini Countach serta Porsche 911 pada awalnya, tetapi berubah untuk memuja Nissan Skyline GT-R R32 dan R33 setelah bermain ‘the real driving simulator‘ Gran Turismo pertama pada konsol permainan Sony Playstation 1.

Sedar atau tidak, tahun ini sudah masuk tahun ke-20 Nissan bekerjasama dengan Gran Turismo. Sebagai meraikan ulangtahun berkenaan serta sempena pelancaran siri baharu Gran Turismo Sport bulan ini, Nissan menghasilkan sebuah GT-R R35 yang dikawal menggunakan pad kawalan DualShock 4 yang sememangnya digunakan untuk konsol permainan Sony PS4.

Digelar GT-R /C, kereta ini dipasangkan dengan empat robot yang menggerakkan roda stereng, transmisi, brek dan juga pedal pendikit. Robot-robot berkenaan digerakkan oleh enam komputer yang dipasang pada bahagian belakang dengan kelajuan kemaskini 100 kali sesaat.

VIDEO: Nissan GT-R /C dikawal secara jarak jauh dari helikopter guna pad kawalan DualShock Playstation 4

LONDON (Oct. 10, 2017) – Nissan has created the ultimate remote-control car for gamers – the Nissan GT-R /C. Celebrating the release of Gran Turismo Sport – and marking 20 years of Nissan involvement in the Gran Turismo gaming series – the one-off project car was extensively modified to be driven entirely by a DualShock®4 controller.

Bagi pad kawalan DualShock 4 berkenaan pula, ia adalah pad kawalan sebenar yang boleh digunakan pada PS4 tanpa sebarang ubahsuai. Ia dihubungkan kepada komputer mikro yang menerima isyarat dari butang-butang kawalan tersebut dan menterjemahkannya pada sistem komputer GT-R /C berkenaan. Kawalan jauh tanpa wayar itu boleh beroperasi dalam jarak satu kilometer.

Kereta ini diuji di litar Silverstone, UK, dan dipandu secara kawalan jauh dari kokpit helikopter oleh atlit Nismo dan juga merupakan pemenang GT Academy, Jann Mardenborough. Ketika sesi ujian ini, Mardenborough berjaya mencatatkan rekod lap terpantas 1 minit 17.47 saat dengan kelajuan purata 122 km/j serta kelajuan maksima 211 km/j.

Bagi membantu Mardenborough mengagak kelajuan GT-R /C tersebut diselekoh, ia turut dipasangkan dengan penderia Racelogic VBOX Motorsport bagi menghantar data kelajuan ke paparan LCD pada kokpit helikopter berkenaan.

Kereta ini turut dipasangkan dengan dua sistem keselamatan bebas yang beroperasi dengan dua frekeunsi radio berbeza bagi membolehkan dua kawalan tambahan dilakukan individu lain untuk memberikan brek sepenuhnya sekiranya pemandu utama hilang kawalan.

Sebagai pemenang GT Academy, Mardenborough kini berlumba secara sepenuh masa untuk Nissan di Jepun. Muncul pada perlumbaan Super GT Championship di Thailand hujung minggu lalu, Mardenborough berjaya layak memulakan perlumbaan pada petak hadapan serta mencatatkan rekod sepusingan terpantas pada litar berkenaan.

Nissan GT-R /C ini pula bukan hanya digunakan semata-mata untuk menghasilkan video ini. Menjelang tahun 2018 nanti, ia akan dibawa ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di UK bagi menggalakkan pelajar minat terhadap subjek-subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required