Norway timbang semula potongan cukai besar bagi EV

Norway timbang semula potongan cukai besar bagi EV

Norway kini merancang untuk menstruktur semula kelonggaran cukai bagi kenderaan elektrik, yang setakat ini menjadi negara yang telahpun memberikan potongan cukai tertinggi berkaitan pemilikan kenderaan EV. Tahun lalu sahaja, kadar penggunaan dalam kalangan orang ramai di sana juga mencecah 29% bagi kenderaan elektrik atau plug-in hybrid.

Namun, kadar penembusaan kenderaan EV itu muungkin akan berubah dan meningkat sekiranya rancangan kerajaan Norway itu di dalam belanjawan 2018 berjaya menjadi kenyataan. Cadangan itu, yang diberi jolokan “Tesla Tax” oleh media Norway, akan memberi kesan kepada kereta dengan berat melebihi 2 tan – hasratnya adalah untuk mengawal jualan model seperti Tesla Model S dan Model X.

Langkah yang dicadangkan itu bertujuan mengubah pengecualian dari cukai pendaftaran kenderaan bermotor dan potongan dalam pencukaian kenderaan syarikat. Ini dijangka akan menaikkan harga Tesla Model X sebanyak 70,000 krone (RM37,375)

Jualan Tesla di negara itu semakin meningkat berdasar statistik rasmi. Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sejumlah 4,717 unit terjual, peningkatan hampit 90% berbanding 2,500 unit bagi tempoh sama pada 2016. Dan, Tesla bukan satu-satunya jenama yang mencatat jualan yang tinggi di Norway – Nissan dan Volkswagen turut mendapat sambutan bagi kenderaan tenaga alternatif yang dijual di sana.

Sebab langkah itu diambil, menurut Menteri Alam Sekitar Norway, Vidar Helgesen, kenderaan elektrik menggunakan dan merosakkan jalan sama seperti kereta biasa. Tambahnya, subsidi kenderaan EV yang diperkenalkan di Norway pada asalnya untuk menggalakkan kenderaan kecil yang dipasang di sana, dan bukannya EV mewah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required