Triumph Tiger 800 dapat peningkatan – enjin kini 95 PS, lebih 200 bahagian casis dan enjin diubah suai

Triumph Tiger 800 dapat peningkatan – enjin kini 95 PS, lebih 200 bahagian casis dan enjin diubah suai

Saingan di dalam segmen motosikal kembara nampaknya semakin sengit dengan Triumph juga memperbaharui model Tiger 800 mereka untuk tahun 2018. Secara keseluruhannya, Tiger 800 2018 akan ditawarkan dalam empat versi jalan biasa iaitu XR, XRX, XRx Low dan paling atas XRT, manakala untuk model yang boleh dibawa offroad, ada dua model iaitu XCX dan XCA (paling tinggi).

Untuk bahagian badannya, Tiger 800 2018 menggunakan rekaan panel tepi baru, bersama lencana, grafik serta perincian yang lebih berkualiti. Ia kemudiannya disudahi dengan pilihan warna premium baru. Semua ciri ini turut menunjukkan keunikan setiap model yang berlainan.

Apa yang lebih penting pada model yang diperbaharui ini adalah lebih 200 bahagian yang dinaik taraf secara keseluruhannya pada casis dan enjin. Unit tiga silinder 800 cc yang sama masih lagi digunakan, tetapi ia dapat memberikan kuasa lebih cepat dan kuasa maksimum sebanyak 95 PS. Turut dipadankan adalah sistem ekzos yang lebih ringan dengan bunyi lebih sport, serta gear satu yang lebih pendek. Tiger 800 baru ini juga mendapat tambahan pilihan mod Off-Road Pro, menjadikan keseluruhannya ada enam mod.

Daripada aspek teknologi pula, Tiger 800 ini menunjukkan peningkatan yang besar dengan adanya panel instrumen TFT warna penuh 5 inci, brek Brembo spesifikasi tinggi berkembar di hadapan, pelarasan suspensi, semua lampu LED, cruise control yang diperbaharui dan butang kawalan jenis joystick.

Semua ini menambah kepada ciri sedia ada Tiger 800 yang termasuk traction control, ABS, ergonomik yang boleh diubah, pemanas pemegang dan tempat duduk, immobiliser, pelindung enjin, pelindung tangan, soket pengecas USB dan penghadang angin yang boleh dilaras.

Selain semua ini, ciri ergonomik Tiger 800 turut diperbaiki, dengan bahagian pemegang ditarik ke belakang sebanyak 10 mm, suspensi antara WP atau Showa bergantung kepada varian serta bahan baru untuk tempat duduk yang dapat memberikan kedudukan yang lebih selesa.

GALERI: Tiger 800 XC


GALERI: Tiger 800 XR

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required