BMW C400X tampil dengan enjin satu silinder 350 cc

BMW C400X tampil dengan enjin satu silinder 350 cc

Pada tahun 2011, BMW telah menyertai kategori skuter maxi dengan pengeluaran model C 600 Sport dan C 650 GT. Kini, pengeluar dari Jerman tersebut keluar lagi dengan skuter baru, tetapi menggunakan enjin yang lebih kecil iaitu unit satu silinder 350 cc yang dipadankan bersama transmisi CVT, mampu menghasilkan 34 hp pada 7,500 rpm dan 35 Nm pada 6,000 rpm.

Melihat kepada rekaannya, skuter yang dinamakan sebagai C 400 X ini menggunakan banyak garisan tajam yang menjadikannya lebih futuristik dan di depan terdapat lampu utama LED dan lampu siang yang menggunakan teknologi gentian optik. Di bawah pemegangnya terdapat dua ruang simpanan kecil manakala di bawah tempat duduk pula ia adalah lebih besar dan boleh memuatkan helmet.

Pada bahagian casis, bagi mendapatkan keserasian antara keselesaan dan prestasi, C 400 X menggunakan kerangka tiub besi dan penyerapan hentakan dijalankan oleh unit fork teleskopik 35 mm di hadapan dan dua penyerap berspring di belakang yang boleh dilaras. Rimnya pula adalah bersaiz 15 inci di hadapan dengan tayar 120/70 manakala di belakang terdapat rim 14 inci dengan tayar 150/70.

Ciri keselamatan turut diambil penting pada skuter ini, walaupun bersaiz sederhana. Brek hadapannya menggunakan tetapan cakera 265 mm berkembar dengan angkup empat piston manakala di belakang terdapat cakera 265 mm dan angkup satu piston. Ia juga didatangkan dengan ABS dan Automatic Stability Control ASC secara standard.

Secara keseluruhannya, skuter ini mencatat berat 204 kg, dan ia menyediakan tangki minyak berkapasiti 12.8 liter. BMW Motorrad juga ada menyediakan pilihan pelbagai aksesori untuk C 400 X yang termasuk beg barangan tambahan, besi pelindung badan, GPS, tempat duduk lebih rendah dan pelbagai lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Zukiman Muhammad on Feb 17, 2018 at 4:42 pm

    Kat mana dealer di Malaysia yang boleh saya dapatkan motosikal ini?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required