Kawasaki Z900 RS guna teknologi moden tapi bentuk klasik – versi cafe racer turut diperkenalkan di EICMA

Kawasaki Z900 RS guna teknologi moden tapi bentuk klasik – versi cafe racer turut diperkenalkan di EICMA

Pada tahun 1970-an, Kawasaki mempunyai model naked yang cukup popular iaitu Z1. Kini, ekspresi motosikal tersebut dibawa kembali melalui sebuah model baru yang dinamakan sebagai Z900 RS. Enjin yang digunakan pada model ini adalah sama dengan Z900, iaitu unit empat silinder 948 cc, tetapi ditala semula untuk memberikan kuasa maksimum 111 hp pada 8,500 rpm dan 98.5 Nm tork pada 6,500 rpm.

Walaupun enjin adalah sama, kerangka Z900 RS ini pula adalah berlainan dengan Z900 bagi menempatkan tangki serta bentuk tempat duduk unik baginya. Baru pada motosikal ini adalah angkup brek hadapan jenis radial bersama ABS (set berkembar cakera 300 mm dan angkup monobloc empat piston) dan sistem kawalan cengkaman KTRC dua mod. Untuk brek belakang, ia masih menggunakan cakera 250 mm dan angkup dua piston.

Bagi memberi padanan kepada penampilan klasiknya, bahagian meter direka dengan dua bahagian analog bulat (untuk laju dan rpm), manakala di tengahnya terdapat skrin LCD untuk informasi lain. Bahagian tempat duduk pula datang dalam satu unit manakala suspensi terdiri daripada fork 41 mm di hadapan dan penyerap gas di belakang. Berat motosikal ini adalah 215 kg dan ia datang dengan rim 17 inci dan tangki 17 liter.

Semasa pameran EICMA 2017 yang masih lagi berlangsung sekarang, Kawasaki juga telah memperkenalkan sebuah lagi variasi bagi Z900 RS iaitu yang berbentuk cafe racer. Selain perumah lampu hadapan yang berbeza, model cafe racer ini juga menggunakan tempat duduk yang lebih berlekuk dan pemegang yang lebih rendah untuk tunggangan yang lebih sporty.

Smeentara Z900 RS ditawarkan dalam lima warna berbeza, model cafe racer ini pula cuma datang dalam satu warna istimewa yang digelar Vintage Lime Green. Bagi bahagian rim, model cafe racer ini masih mengunakan unit aluminium 17 inci (bukan lidi) yang sama seperti Z900 RS biasa.

GALERI: Kawasaki Z900 RS


GALERI: Kawasaki Z900 RS Cafe Racer

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required