Maserati Levante S dilancar di M’sia – dari RM788,800

Maserati Levante S dilancar di M’sia – dari RM788,800

SUV pertama Maserati, iaitu Levante sudah dilancarkan di Malaysia Februari yang lalu, tapi itu adalah model yang dijana enjin diesel. Kini, pengedar serta pengimport kenderaan jenama mewah itu, Naza Italia melancarkan pula versi berenjin petrol, yang boleh didapati dalam dua varian iaitu GranLusso dan GranSport.

Di bawah bonet SUV ini terdapat enjin petrol V6 3.0 liter twin-turbo yang dibangunkan bersama pasukan enjin Ferrari, mampu menghasilkan 430 hp pada 5,750 rpm dan 580 Nm tork antara 4,500 hingga 5,000 rpm. Enjin ini juga digunakan pada model Levante biasa (bukan S), tetapi ditala untuk kuasa sedikit rendah iaitu 350 hp dan 500 Nm tork.

Padanan transmisi yang digunakan adalah unit automatik lapan kelajuan ZF AT8-HP70, dan kuasa disampaikan kepada semua tayar melalui sistem pacuan Q4 dan limited slip differential (LSD) di belakang. Jika dibandingkan dengan model diesel yang menggunakan enjin V6 3.0 liter turbo, model petrol ini mempunyai lebih 155 hp tetapi tork kurang 20 Nm.

Maserati Levante S dilancar di M’sia – dari RM788,800

Melihat kepada prestasi pula, Levante S mempunyai kelajuan maksimum lebih tinggi berbanding Levante Diesel, iaitu 264 km/j (berbanding 230 km/j). Ia juga boleh melakukan pecutan 0-100 km/j lebih pantas, dengan catatan 5.2 saat berbanding 6.9 saat oleh Levante Diesel.

Levante datang secara standard dengan suspensi udara aktif, serta penyerap adaptif Skyhook, dengan variasi penyerapan berubah. Pemandu boleh memilih empat mod pemanduan – Normal, Sport, Off-Road dan Increased Control and Efficiency (ICE), yang mana setiap satunya mempunyai karekter penyampaian kuasa serta suspensi yang berbeza.

Untuk Levante S, kelengkapan yang datang terus padanya adalah termasuk stereng kuasa elektrik, lampu bi-xenon (dengan lampu DRL LED), pintu but kuasa elektrik, skrin sesentuh 8.4 inci untuk sistem informasi dan hiburan Maserati Touch Control Plus (MTC Plus) yang juga didatangkan bersama tombol pengawalnya, tempat duduk balutan kulit, sistem pengawal suhu dua zon serta tempat duduk larasan kuasa.

Sesuai dengan enjin berkuasa yang digunakan, Levante S turut didatangkan bersama barangan prestasi lain seperti angkup brek Brembo monobloc enam piston dan cakera 380 mm berliang di hadapan, cakera 330 mm di belakang, dan suspensi double wishbone dan five link di belakang.

Untuk aspek keselamatan pula, Levante S turut dinaik taraf dengan Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) yang termasuk Highway Assist, Lane Keeping Assist, Active Blind Spot Assist dan Traffic Sign Recognition.

Membezakan dua varian yang ada, GranLusso datang dengan skid plate hadapan dan rel bumbung metalik, side skirt mengikut warna badan, angkup brek berwarna hitam dan rim aloi 19 inci Zefiro. Di dalam pula varian ini menggunakan gabungan sutera Ermenegildo Zegna dan kulit Itali, kemasan kayu, tempat duduk larasan kuasa 12 arah, sistem bunyi Harman Kardon dan pintu yang boleh ditutup secara lembut.

Maserati Levante S dilancar di M’sia – dari RM788,800

Varian GranSport pula lebih sporty dengan gril, skid plate dan rel bumbung hitam, side skirt mengikut warna badan, logo berwarna biru di tepi, angkup brek merah dan rim aloi Nereo 20 inci. Di dalam, kemasan kayu diganti dengan gentian karbon, pedal sport yang boleh dilaras, pengesan jarak dan sistem navigasi.

Untuk harga, Maserati Levante S petrol ini dijual pada harga bermula RM788,800 (termasuk cukai dan duti, tetapi tanpa sebarang barangan pilihan tambahan), dan datang bersama jaminan tiga tahun tanpa had batuan serta tambahan Maserati Premium Service Plus selama tiga tahun atau 60,000 km.

GALERI: Maserati Levante S GranLusso



GALERI: Maserati Levante S GranSport

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required