Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

Honda Malaysia kini telah membuka pusat 3S Honda terbesar di Malaysia Timur oleh SYK RW Motor Sdn Bhd di bandar Miri, Sarawak, yang menjadi pengedar Honda ketujuh di Sarawak dalam usaha syarikat itu memperluas rangkaiannya di sana.

Pembukaan pusat 3S terbaru ini selari dengan perkembangan dan penerimaan kenderaan Honda yang semakin meningkat bagi pasaran di Malaysia Timur. Bagi tempoh Januari hingga November 2017, sejumlah 6,600 unit jualan Honda Malaysia, atau sekitar 7% daripada jualan keseluruhan (98,200 unit) adalah dari pasaran di sana. Sarawak pula menyumbang 4,000 unit jualan atau 60% dari jumlah keseluruhan jualan di Malaysia Timur – model paling popular di Sarawak pula ialah BR-V.

Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

Sebanyak RM7 juta dilaburkan untuk pembangunan pusat 3S dengan keluasan 48,000 kaki persegi yang mempunyai 12 ruang servis kenderaan, termasuk tujuh bagi servis ekspres dan dua bagi servis umum, dua ruang servis tayar dan satu untuk servis pendingin hawa. Pusat 3S ini mampu mengendalikan 40 kereta sehari.

Perkhidmatan lain yang tersedia untuk pelanggan termasuk ruang menunggu eksekutif, Wi-Fi, sudut kanak-kanak, surau dan pelbagai makanan dan minuman. Sebagai nilai tambah, SYK RW Honda 3S Centre turut menyediakan perkhidmatan cuci kenderaan dan pembaharuan insuran serta cukai jalan kepada pelanggannya.

Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

“Dengan jumlah pelanggan yang semakin meningkat, ada keperluan bagi Honda Malaysia untuk segera meluaskan rangkaian perkhidmatannya bagi menampung permintaan itu,” ujar Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. Di Sarawak ketika ini, Honda mampunyai rangkaian pengedar di bandar-bandar utama seperti berikut; Kuching (3), Bintulu (1), Miri (2) dan Sibu (1).

Untuk membuat temujanji atau mengajukan pertanyaan lanjut berkaitan pusat 3S Honda terbaru ini, hubungi SYK RW Motor di talian 085-430 666. Premis ini terletak di alamat Lot 1772, Block 10, Jalan Cahaya, Miri Concession Land District, 98000 Miri, Sarawak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required