Data jualan kenderaan November 2017 ikut jenama

Data jualan kenderaan November 2017 ikut jenama

Melalui data yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan pada bulan November 2017 menunjukkan peningkatan sebanyak 4.6%, iaitu dengan jumlah keseluruhannya menjadi 49,184 unit kenderaan, berbanding pada bulan Oktober sebanyak 47,041 unit. Jumlah jualan keseluruhan bagi tahun ini, sehingga bulan November pula adalah 521,907 unit.

Apabila dipecahkan mengikut jenama, sembilan tempat teratas masih lagi diduduki oleh jenama yang sama mengikut turutan seperti pada bulan Oktober 2017. Paling atas adalah Perodua dengan jualan sebanyak 16,636 unit, diikuti Honda 10,482 unit, Toyota 6,763 unit dan Proton 4,810 unit. Semua jenama ini menunjukkan peningkatan masing-masing 0.9%, 15.6% dan 9.1% bagi Perodua, Honda dan Toyota, tetapi bagi Proton, ia menurun sebanyak 5.4%.

Bagi jenama mewah pula, Mercedes-Benz masih berada di tempat paling atas, iaitu di tangga keenam secara keseluruhan dengan jualan sebanyak 1,057 unit. Jumlah ini walaubagaimanapun tidak jauh berbeza dengan BMW yang berada selang satu tangga di bawahnya dengan jualan 1,000 unit kenderaan. Walaupun begitu, jumlah yang dicatat oleh Mercedes-Benz ini menurun sebanyak 9.5% berbanding bulan lepas.

Jenama lain yang menikmati peningkatan tinggi pada bulan ini, selain Honda sebanyak 15.6%, adalah termasuk Volvo 29.2%, Volkswagen 20.1%, Lexus 16.7%, Porsche 16.7% dan Isuzu 15.2%. Jenama yang mencatatkan penurunan antara yang paling banyak adalah Audi iaitu sebanyak 67.2%, manakala Peugeot pula sebanyak 14.8%.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required