Pemilik yang memajak atau bagi sambung bayar kereta kepada pihak ketiga boleh dikenakan denda – KPDNKK

Pemilik yang memajak atau bagi sambung bayar kereta kepada pihak ketiga boleh dikenakan denda – KPDNKK

Di dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberikan satu jawapan bertulis bagi soalan berkaitan pemajakan kenderaan; pemilik kenderaan yang memajak kereta mereka kepada pihak ketiga tanpa persetujuan daripada pihak bank boleh didenda atau dipenjarakan.

Menurut kementerian itu, perbuatan ini yang melibatkan kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta sebenarnya melanggar peruntukan dalam Akta Sewa Beli 1967, seperti dilaporkan Berita Harian.

“Tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit yang menyerahkan kenderaan untuk disambung bayar atau dipajak kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada bank,” jelasnya, dan penguatkuasaan berkaitan perkara ini terletak di bawah bidang kuasa KPDNKK.

Di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967, jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuat kuasa, mereka boleh didenda hingga RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Walaupun menyedari bahawa kes-kes sambung bayar dan pajakan kereta merupakan satu jalan penyelesaian bagi pemilik kereta yang tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan bank, tegas kementerian itu ia akan menimbulkan masalah apabila kereta berkenaan tidak dibayar ansuran bulanannya kepada bank, dan menyebabkan penama kenderaan itu disenarai hitam.

“Kes-kes ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri seperti terdapat di dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan. Namun, dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, ia boleh disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelas kenyataan itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Tahun Baru on Jan 23, 2019 at 8:46 am

    Dlm kes aku, aku beli kereta baru dgn syarat Salemman Chevrolet Penipu uruskan trade-in kereta Honda lama aku, selepas bg Honda kat Saleman Chevrolet Penipu dan duit rebat (yg sepatutnya milik aku) ditolak sbg top up utk cover short trade-in, Salesman Chevrolet Penipu td x selesaikan kerja trade-in yg diamanahkan menyebabkab kereta aku telah jadi sambung bayar oleh panel used car Chevrolet hingga ke tgn pihak keberapa ntah skrg ni tanpa bayaran & tanpa menjelaskan hutang lama aku kat bank.. Sampai skrg org lain yg guna keta aku yg kena bayar? Paling jahanam sekali laporan polis buat sampai 2 kali termasuk penipuan & pecah amanah, tp Bhgn Udg2 Polis ckp tiada kes blh disabitkan sbb aku x dptkan kebenaran dr bank masa nak tarde in hari tu.. Peciter Msia Baru ni? Disebabkan aku x dptkn kebenaran dr Bank, maka semua org kat dlm Msia ni dihalalkan menipu, ambil duit aku & pecah amanah tanpa disabitkan dgn apa2 kesalahan oleh pihak Polis? Report kat Chevrolet Msia pun sampai 3 kali, tp sampai skrg x bg maklum balas dan last sekali Chevrolet Msia ckp, dia xde kena mengena dgn apa yg Chevrolet Cawangan buat.. Perghhh keta internasional ikon Transfomers tu… Tp x blh langsung secure customer dia.. lepas tangan No 1.. Sapa2 yg nak beli Chevrolet dr pengedar yg sah baik beli keta lain je la.. Melingkuplah ko wahai customer, yg penting keta Chevrolet aku dah lepas jual..
    Ada sapa2 yg prihatin Zaman Msia Baru ni utk tlg aku setlekan benda ni?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required