Guna Bitcoin, Ethereum untuk beli kenderaan Proton?

Guna Bitcoin, Ethereum untuk beli kenderaan Proton?

Susulan daripada sekeping gambar yang tersebar di media sosial baru-baru ini, yang menunjukkan pengedar Proton yang dikatakan menerima mata wang kripto, terutamanya Bitcoin dan Ethereum sebagai kaedah pembayaran bagi memberi kenderaan Proton, berikut merupakan penjelasan rasmi daripada Proton.

Transaksi dalam kaedah berkenaan adalah tidak sah, tegas Proton di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Tawaran yang ada itu dilakukan secara berasingan atas usaha pengedar terbabit dan ia tidak menerima kelulusan atau pengesahan dari Proton sendiri.

Pengedar yang terlibat itu kini digantung operasi, dan perkara itu akan disiasat lebih lanjut, seperti dimaklumkan dalam kenyataan yang sama. Proton juga menjelaskan, walaupun syarikat itu terbuka untuk melakukan jualan dengan kaedah yang lebih berinovasi untuk memudahkan pelanggan, syarikat juga ingin mengingatkan rangkaian jualannya agar lebih berhati-hati untuk menjalankan sebarang tawaran atau promosi yang tidak mendapat pengesahan dari Proton.

Mata wang kripto berkenaan sangat jelas tidak stabil. Ketika artikel ini ditulis, satu Bitcoin bernilai RM67,500, cukup untuk membeli sebuah Proton Preve. Namun, tiga minggu lalu, nilainya RM10,000 lebih dari jumlah itu. Bagi tempoh sama ketika ini tahun lalu pula, ia bernilai RM4,200, hanya cukup untuk digunakan bayaran pendahuluan bagi sebuah Iriz sahaja.

Adakah anda merasakan kaedah transaksi dengan mata wang kripto ini lebih mudah untuk pembelian kenderaan? Nyatakan pandangan anda di ruang komen di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Muhammad adam see abdullah on Jan 07, 2018 at 3:38 pm

    Bitcoin is easy transaction..decentralised,no any third man party involved..it’s peer to peer system..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • kipas angin on Jan 07, 2018 at 4:22 pm

    Jarang pembeli proton main bicoin ni. Kecuali geng awang hitam mudah mereka nak urusniaga. hahaha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  • Jenny on Jan 07, 2018 at 9:06 pm

    I prefer bitcoin much better. What most important, no interest involve. Really want to see malaysia would be more open to this. Hope PROTON would consider and be pioneer to buy n sell using bitcoin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Pemilik bitcoin on Jan 07, 2018 at 9:36 pm

    Namun, tiga minggu lalu, nilainya hanya RM10,000. – Berkembang la sikit klu nk bg statement pun. Tiga minggu lalu ke apa, 6 bulan lalu ye la jugak. Study la sikit pasal matawang digital ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • HURMMM on Jan 11, 2018 at 9:49 am

      Baca elok2, 3 mggu lalu 10k lebih dari 67.5k, so 77.5k..dia x salah

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Baharudin on Jan 08, 2018 at 8:11 am

    Bagi saya bitcoin memudahkan…matawang digital terbaik masakini berbanding ringgit…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required