Honda Monkey milik John Lennon bakal dilelong di UK

Honda Monkey milik John Lennon bakal dilelong di UK

Barangan milik individu terkenal sentiasa menjadi tumpuan dalam acara lelongan, dan kali ini di United Kingdom, rumah lelongan terkenal H&H Classics telah memasukkan dalam senarai satu motosikal klasik dan ikonik Monkey Z50A milik penyanyi kumpulan The Beatles, mendiang John Lennon.

Menurut H&H Classics, Lennon menggunakan motosikal ini untuk bergerak di sekitar kawasan kediaman beliau di Tittenhurst Park, Surrey pada tahun antara 1969 hingga 1971. Motosikal yang menggunakan nombor plet XUC 91H ini kemudiannya dijual kepada Henry Graham pada tahun 1971, dan kemudian bertukar tangan pula kepada John Harington.

Menurut Harington yang merupakan pemilik semasa motosikal tersebut, beliau telah menyimpannya selama 47 tahun yang lepas sejak dibeli daripada Graham dan mempamerkannya di beberapa acara dan pameran untuk tontonan ramai. H&H Classics meletakkan jangkaan ia boleh dijual sehingga harga £30,000 (RM162,261).

Berkenaan motosikal itu sendiri, model Monkey Z50A ini mula memasuki pasaran UK pada tahun 1969 dengan dikenali sebagai Mini Trail. Ia dikuasakan oleh enjin empat strok 49 cc, bersama transmisi tiga kelajuan. Beratnya cuma sekitar 53 kg dan boleh mencapai kelajuan maksimum 40 km/j.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required