Mitsubishi M’sia – potongan hingga RM20k untuk CNY

Mitsubishi M’sia – potongan hingga RM20k untuk CNY

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan tawaran rebat tunai bagi model-model seperti ASX, Outlander dan Triton.

Sepanjang tempoh promosi, ASX boleh dimiliki pada harga serendah RM99,000 – ia diberikan rebat maksimum sebanyak RM20,000. Sementara itu, bagi trak pikap Triton pula, ia diberikan potongan harga sebanyak RM8,000; namun bagi varian VGT Manual, potongan yang diberikan ialah pada kadar RM4,000 sahaja.

Terakhir, bagi model Outlander CKD, yang juga diberikan potongan harga sebanyak RM4,000 daripada harga asal. Berikut merupakan pecahan terperinci bagi setiap model dan rebat tunai yang diberikan:

Mitsubishi M’sia – potongan hingga RM20k untuk CNY

Di dalam perkembangan berasingan, MMM turut akan menganjurkan peraduan “Xperience Mitsubishi”. Untuk ikut serta, caranya sangat mudah; berkunjung ke bilik pameran rasmi Mitsubishi dan pandu uji mana-mana model. Kemudian, ambil video pandu uji tersebut, dan huraikan pengalaman pemanduan yang anda rasakan untuk dimuat naik ke laman Faceboook atau Instragram (pastikan ia akaun yang boleh diakses secara umum) dengan tanda #Mitsubishi4me. Video terbaik berpeluang memenangi RM10,000.

Ada lagi; MMM juga akan menganjurkan acara “New Year New Ride” di beberapa lokasi terpilih. Pengunjung yang mendaftar untuk memandu uji mana-mana model Mitsubishi akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM888 atau cenderahati Ralliart dalam nilai yang sama. Pelanggan yang membuat tempahan pula akan menerima bag kering Ralliart serta sampul wang CNY. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui lokasi acara.

Mitsubishi M’sia – potongan hingga RM20k untuk CNY

Ketika acara berlangsung, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti keluarga. Untuk maklumat lanjut tentang model-model keluaran Mitsubishi, layari CarBase.my.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required