Honda dilaporkan bakal memperkenalkan tiga kenderaan elektrik (EV) di China, dan salah satunya adalah berasaskan model HR-V. Buat masa ini, HR-V dijanakan oleh enjin petrol, diesel dan hibrid, tanpa ada pilihan bateri elektrik.
Menurut laporan dari Yahoo Japan, EV berasaskan HR-V ini mungkin akan diperkenalkan di Beijing Auto Show 2018. “Dua syarikat tempatan akan bekerjasama bagi membangun dan menjual SUV EV ini. Ia akan diperkenalkan secepat mungkin,” ujar Yasuhide Mizuno, COO bagi Honda China.
Buat masa ini tiada perincian lanjut mengenai model ini, namun difahamkan HR-V EV ini akan menyertai XR-V, yang eksklusif untuk pasaran China. Juga tidak dapat dipastikan, adakah syarikat tempatan yang bekerjasama – Dongfeng Honda dan Guangqi Honda – akan terlibat dengan produksi bagi EV ini.
Usaha elektrifikasi Honda termasuklah memperkenalkan Clarity, yang ditawarkan dengan tiga penjana kuasa elektrik berbeza. Malah terdapat juga pengumuman bahawa setiap model baharu kereta yang akan dilancarkan di Eropah mempunyai elemen elektrifikasi, dengan motor elektrik dibangunkan dengan kerjasama Hitachi, seperti mana yang dipertontonkan pada Insight serba baharu.


Honda HR-V
dari RM115,900
Honda Prelude
dari RM278,000
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda City
dari RM84,900
Honda WR-V
dari RM89,900