Volvo 262c Bertone milik lagenda rock David Bowie telah dilelong di Switzerland pada harga RM870k

Volvo 262c Bertone milik lagenda rock David Bowie telah dilelong di Switzerland pada harga RM870k

Volvo 262C milik lagenda rock David Bowie dilaporkan telah dilelong di Switzerland dengan harga £160,735 atau sekitar RM870k pada tukaran asing semasa, menurut laman Motoring Research.

Dengan catatan meter perbatuan 53,000km , nilai jualan kereta ini adalah tiga kali lebih tinggi dari jangkaan awal. Semasa dilelong, kereta ini juga dinyatakan sebagai “sangat baik dan dikekalkan dalam keadaan original”.

Kereta berkenaan telah dibawa ke Switzerland pada Jun 1981 dan didaftarkan diatas nama sebenar David Bowie iaitu David Robert Jones, sebelum pemilikkan dipindahkan ke syarikatnya iaitu Bewly Bros.

Volvo 262C merupakan versi istimewa yang dihasilkan dari model asas Volvo 240. Selain konsep coupe 2+2 dua-pintu yang diberikan, bumbung kereta ini direka semula oleh syarikat rekaan Itali, iaitu Bertone. Secara keseluruhan, hanya 6,620 unit model ini dibina 1977 hingga 1981 dan kebanyakkan dibawa ke Amerika Syarikat (model ini juga ada mendarat di Malaysia namun dengan jumlah yang sangat sedikit).

Berbanding model 240 biasa yang dijana pilihan enjin red block empat silinder 2.1 liter dan 2.3 liter, 262c Bertone dijana enjin 2.8 liter V6 PRV (hasil kerjasama Peugeot-Renault-Volvo, sama seperti enjin DeLorean DMC-12) berkuasa 155 hp, digandingkan bersama transmisi automatik tiga-kelajuan. Ia juga diberikan sistem Hi-Fi Volvo yang dihubungkan kepada pembesar-pembesar suara dari Blaupunkt.

Selain dari David Bowie, lagenda rock grunge Kurt Cobain turut dilaporkan memiliki Volvo siri 200 tetapi hanya model asas 240. Cobain yang agak cermat ketika memandu menyifatkan Volvo 240 ini sebagai ‘kereta paling selamat di dunia’ dan kereta berkenaan kelihatan masih lagi berada di garaj rumahnya ketika dia dilaporkan meninggal dunia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required