Ford Mustang Bullitt 2019 – edisi ulang tahun ke-50

Ford Mustang Bullitt 2019 – edisi ulang tahun ke-50

Pada tahun 1968, telah keluar sebuah filem di Amerika Syarikat berjudul Bullitt, dibintangi oleh watak utamanya, Steve McQueen. Filem tersebut memberi impak yang kuat melalui adegan kejar mengejar menggunakan Ford Mustang, dan kini, Ford menampilkan model penghargaan berasaskan Mustang S550 facelift sempena ulang tahun ke-50 Bullitt.

Model ini dipersembahkan sendiri oleh cucu kepada Steve McQueen, iaitu Molly McQueen, yang turut dipertemukan kembali dengan model sebenar yang digunakan dalam Bullitt. Mustang Bullitt 2019 menggunakan enjin 5.0 liter V8 yang ditala untuk menghasilkan 475 hp dan 569 Nm tork, hasil daripada penggunaan pakej Premium dan Performance Mustang GT yang diletakkan padanya.

Antara barangan standard lain yang diberi adalah sistem ekzos prestasi dengan injap aktif serta muncung ekzos Black NitroPlate yang memberikan bunyi menggelegak unik. Selain itu, terdapat juga sistem pengudaraan terbuka, intake manifold daripada Shelby GT350 dengan throttle body 87 mm, serta kalibrasi enjin khas.

Antara catatan prestasi kenderaan ini adalah laju maksimum 262 km/j, iaitu 12 km/j lebih tinggi berbanding Mustang GT biasa. Mustang Bullitt 2019 dilengkapi dengan transmisi manual enam kelajuan MT82, dan penukar gearnya menggunakan tombol berwarna putih seperti Mustang di dalam filem tersebut.

Ford Mustang Bullitt 2019 – edisi ulang tahun ke-50

Pada bahagian dalam, balutan kulit yang digunakan turut mempunyai jahitan hijau termasuk pada papan pemuka, panel pintu, konsol tengah dan tempat duduk. Turut diberi adalah roda stereng kulit serta panel instrumen digital 12 inci. Panel ini mempunyai fungsi yang sama seperti Mustang 2018, tetapi mempunyai paparan Bullitt khas dalam warna hijau berserta imej kenderaan tersebut.

Mustang Bullitt 2019 ini tidak menggunakan banyak lencana, dengan hanya terdapat logo Bullitt di bahagian tengah panel di belakang, manakala pilihan warna luar pula terdiri daripada Shadow Black dan Dark Highland Green klasik seperti Mustang GT fastback 1968 dalam filem tersebut. Barangan lain pada Bullitt 2019 ini adalah kemasan krom keliling gril dan tingkap, gril hitam dan rim 19 inci.

Turut didatangkan terus dari kilang adalah tempat duduk Recaro yang dibalut kulit hitam, Bullitt Electronics Package yang termasuk navigasi, memori tempat duduk dan cermin, sistem bunyi dipertingkat dan Blind Spot Information System dengan Cross-Traffic Alert. Kereta ini juga boleh dipilih dengan sistem suspensi semi-aktif MagneRide.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required