Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

Memperkenalkan Volkswagen Jetta 2019 serba baharu, yang ditampilkan secara global di North American International Auto Show yang berlangsung di Detroit. Sedan ini bukan saja panjang daripada segi saiznya, malah turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini serta imej yang diperbaharui.

Berkenaan dengan dimensi, Jetta baharu ini berukuran 4,702 mm panjang (+43 mm), 1,799 mm lebar (+21 mm) dan 1,459 mm tinggi (+6 mm), sementara jarak rodanya pula menjangkau 2,686 mm (+35 mm). Semakan semula bagi ukuran ini adalah atas faktor penggunaan platform MQB, yang digunakan untuk kebanyakan model Volkswagen lain – dari Atlas hingga ke Golf.

Menurut barisan tenaga kerja yang terlibat, faktor ini mampu menyumbang menambahkan lebih luas ruang lutut dan ruang kepala, serta meningkatkan lagi ruang bahu dan juga ketinggian di bahagian kabin. Walau bagaimana pun, ruang kargo masih kekal seperti dahulu iaitu pada 510 liter.

Secara visual, Jetta mempunyai hujung hadapan yang lebih menonjol, didorong oleh padanan gril berbentuk haksagon dan lampu utama LED, standard untuk pasaran Amerika Syarikat. Bampar bawah pula kini terbahagi kepada tiga seksyen, dengan dihujungnya diletakkan lampu kabus yang begitu menyerlah.

Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

Bahagian sisinya pula, kelihatan seksyen berlekuk di antara roda, bersama garisan karakter yang menyerlah. Garisan itu bermula dari lambang fender, merentasi hingga ke pemegang pintu sampai ke bahagian atas lampu belakang.

Pada bahagian belakangnya pula, lampunya kelihatan telah dipertingkatkan evolusinya berbanding model semasa, malah sedikit mirip dengan B9 Audi A4. Lain-lain elemen termasuklah lip yang agak kecil pada bootlid serta lampu kabus belakang dan reflektor.

Sperti luaran, bahagian dalamannya juga menunjukkan peningkatan yang signifikan. Ia ditampilkan dengan bentangan papan pemuka baharu yang didominasi oleh sepasang paparan – Active Info Display bersaiz 10.2-inci untuk pemandu dan skrin sesentuh lapan-inci yang disambungkan pada sistem infotainmen. Malahan sistem infotainmen ini juga dikatakan memiliki beberapa fungsi termasuklah boleh dipadankan dengan sistem bunyi 400-watt dari Beats by Dre – model pertama Volkswagen Amerika Utara yang menerimanya.

Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

Posisi bagi skrin sesentuh turut menempatkan corong pendingin hawa tengah yang diletakkan antara skrin dan kawalan suhu. Semakan pada konsol tengah turut melibatkan perubahan kedudukan suis brek parkir elektronik di sebelah tuil gear, dengan memberikan sedikit ruang ekstra. Sebagai tambahan, penutup gelangsar antara pemegang cawan telah disingkirkan.

Selain itu, model ini turut menerima tempat duduk baharu, bergantung pada tahap kekemasannya, ia juga didatangkan dengan pelarasan berkuasa serta fungsi haba panas dan aliran udara pada tempat duduk sebagai pilihan. Malahan turut menampilkan 10 pilihan warna bagi sistem ambien pencahayaan dalaman.

Bagi lebih teknologi, varian spesifikasi tertinggi yang dijual di US juga akan dilengkapi dengan sistem keselamatan dan bantuan pemanduan yang lebih lengkap. Ini termasuklah Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Assist, Front Assist dengan Autonomous Emergency Braking, Rear Traffic Alert, Blind Spot Monitor, Automatic Post-Collision Braking System dan Light Assist.

Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

Perubahan terbesar juga melibatkan di bawah bonet, iaitu ditampilkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan baharu bagi enjin 1.4 liter TSI (150 PS pada 5,000 rpm dan 250 Nm dari 1,500 rpm). Varian manual enam-kelajuan juga boleh didapati bagi varian spesifikasi paling rendah.

Volkswagen berkata Jetta baharu ini sebagai “rekaan sistematik yang menepati kehendak pelanggan di pasaran luar negara” dan “tiada perancangan untuk versi Eropah”. Turut ditambah, “model adik kepada Jetta akan diperkenalkan di China dengan menggunakan nama Sagitar”.

Untuk pasaran US, Jetta akan dilancarkan pada suku kedua 2018, dan ditawarkan dengan empat varian – – S, SE, SEL dan SEL Premium. Kemudian ia akan disertai dengan versi R-Line, dengan gaya yang lebih sporty di dalam dan di luarnya, bersama XDS electronic differential.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required