Mitsubishi Triton Athlete akan tiba di M’sia 17 Januari

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengeluarkan satu video teaser mengenai versi terbaru trak pikap Triton mereka, dengan mengatakan ia “tidak akan mengalah, dan akan mengatasi cabaran yang berada di hadapan.”

MMM tidak menyatakan dengan jelas ini adalah Triton versi apa, tetapi daripada konsep video, serta ayat “bersama kita hitung hari sebelum kami tunjukkan atlet kami 17 Januari 2018 di One Utama Shopping Mall” memberi gambaran ia adalah Triton Athlete.

Triton Athlete sudah muncul di Thailand hujung tahun lepas, dengan perubahan yang diberi cuma pada penampilannya sahaja. Bahagian mekanikal tidak berubah dan masih menggunakan enjin diesel 2.4 liter 4N15 MIVEC dengan VGT dan intercooler, mampu menghasilkan 181 hp pada 3,500 rpm dan 430 Nm tork pada 2,500 rpm. Transmisi pula sama ada menerusi kotak gear manual enam-kelajuan atau automatik lima-kelajuan.

Mitsubishi Triton Athlete akan tiba di M’sia 17 Januari

Pada bahagian luar, perubahan yang dibawa oleh Triton Athlete adalah termasuk gril honeycomb dengan jalur hitam, jalur hitam jingga di bampar, tepi dan belakang, lengkuk roda serta cermin sisi hitam dan sports bar sama warna dengan badan.

Bahagian dalam juga menggunakan konsep hitam jingga, boleh dilihat pada tempat duduk kulit dua tona, roda stereng, tombol gear dan kotak barangan di tengah yang ditampilkan dengan jahitan warna tersebut. Pilihan warna yang ditawarkan melalui Triton Athlete ini di Thailand ada tiga iaitu White Pearl, Titanium Grey dan Black Diamond.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required