Mercedes-Benz A-Class 2018 diperkenalkan 2 Februari

Mercedes-Benz A-Class 2018 diperkenalkan 2 Februari

Dikhabarkan Mercedes-Benz A-Class 2018 bakal diperkenalkan di peringkat dunia pada 2 Februari ini, di Amsterdam. Imej teaser yang mula disebarkan ini adalah gambaran sebenar model ini, yang kelihatan tampil dengan perubahan rekaan yang agak radikal.

Menerusi foto ini, kelihatan lampu utamanya diinspirasi dari CLS terkini, yang nampak lebih tajam berbanding sebelum ini. Seperti CLS, lampu nyalaan siang berbentuk-L di antara lampu utama banyak memberikan imej yang lebih bersudut.

Kelihatan model ini turut dilengkapi dengan pakej kekemasan AMG Line, dengan apron bawahnya ada persamaan dengan model W213 E-Class. Selain itu, grilnya tidak kelihatan kepingan nipis krom sport. Berdasarkan foto spyshot sebelum ini, belakang A-Class baharu ini juga ditampilkan dengan dua kepingan lampu yang lebih lebar dan nipis.

Tiada lagi rahsia mengenai rekaan dalamannya kerana Mercedes-Benz telah pun mendedahkan foto dan perinciannya mengenai kabinnya baru-baru ini. A-Class 2018 akan menggunakan tetapan kokpit dengan skrin lebar, seperti E-Class W213. Dengan penggunaan skrin ini, bahagian atas papan pemuka lebih rata, dan kemasan yang bersambung dari panel pintu, ke papan pemuka dapat dijadikan lebih sekata. Kemasan ini boleh didapati dalam beberapa pilihan bahan, termasuk kayuan.

Ia juga menggunakan platform pacuan semua roda generasi baharu Mercedes-Benz, yang digelar Modular Front Architecture 2 (MFA2). Bagi enjinnya pula, unit petrol dan diesel akan ditawarkan, dan ada khabar angin turut menyatakan versi plug-in hybrid akan diperkenalkan. Apa pun, nantikan saja perkembangannya ketika ia didedahkan sepenuhnya pada tarikh yang dinyatakan itu. Setakat ini, adakah model ini mampu menarik perhatian anda?

GALERI: Foto ruang dalaman Mercedes-Benz A-Class 2018

GALERI: Foto spyshot 2018 Mercedes-Benz A-Class

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required