Mercedes-Benz EV di BSC dibuka untuk semua jenama – bakal beroperasi di Sunway Pyramid, Pavilion KL

Mercedes-Benz EV di BSC dibuka untuk semua jenama – bakal beroperasi di Sunway Pyramid, Pavilion KL

Pada November tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan fasiliti pengecasan di Bangsar Shopping Centre (BSC) sebagai sebahagian daripada inisiarif strategi EEV yang komprehensif. Stesen pengecasan Mercedes-Benz di BSC ini menampilkan tiga petak pengecasan di tempat letak kenderaan di pusat membeli-belah terbabit, setiap satunya menampilkan pengecas Wallbox 3.7 kW dengan sambungan Type 2.

Infrastruktur pengecasan jenama ini dijangka bakal dikembangkan ke dua lagi lokasi iaitu Sunway Pyramid dan Pavilion KL, dan akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Pengecasan di semua lokasi adalah percuma dan ditawarkan untuk semua jenama, tidak hanya terhad untuk Mercedes-Benz plug-in hybrid seperti C 350 e dan E 350 e, menurut timbalan presiden jualan dan pemasaran MBM, Mark Raine.

Mercedes-Benz EV di BSC dibuka untuk semua jenama – bakal beroperasi di Sunway Pyramid, Pavilion KL

“Kami berbesar hati untuk menawarkan penggunaan fasiliti pengecasan kami di BSC, Sunway Pyramid dan Pavilion KL sebagai tanda penghargaan buat para pelanggan yang memiliki kenderaan Mercedes-Benz plug-in hybrid. Walau bagaimana pun, kami turut mengalu-alukan peminat baharu yang ingin menjadi famili Mercedes-Benz tetapi masih memandu kenderaan dari jenama berlainan,” ujarnya.

Sambungnya lagi, “Dengan ini, kami sepenuhnya yakin bahawa semua pengguna stesen pengecasan kami beretika bagi membolehkan lebih ramai peminat Mercedes-Benz mendapat manfaat daripada kemudahan ini.”

Jadi, jika anda memiliki kenderaan plug-in hybrid atau EV, bolehlah menggunakan Wallbox ini, tak kiralah jenama apa pun kenderaan anda. Cuma, pastikan anda menggunakan ruang tersebut untuk mengecas kenderaan anda, dan bukannya sekadar memarkir sahaja.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required