Edaran Tan Chong Motor (ETCM), dengan kerjasama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS), telah mengumumkan lanjutan kempen panggil balik bagi model Nissan yang terlibat dengan modul inflator beg udara penumpang hadapan buatan Takata.
Pengedar Nissan itu berkata, sebanyak 98,216 unit bagi Nissan Grand Livina, Nissan X-Gear dan Nissan Navara (D40) terlibat kali ini. Sila rujuk carta di bawah untuk pengesahan bagi model dan tahun buatan yang terlibat.
Bagi pelanggan yang kenderaannya tersenarai dalam kempen ini akan dimaklumkan menerusi surat oleh TCEAS dan diminta untuk menghubungi mana-mana cawangan TCEAS terdekat untuk temujanji. Cawangan terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi mereka dan kini dibuka 365 hari setahun, memudahkan pelanggan untuk menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis termasuk pada hujung minggu dan cuti umum, juga termasuk bagi kempen panggilan balik ini.
Para pelanggan bolehlah menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Nissan di 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut. Tiada sebarang kos penggantian komponen terbabit atau tenaga buruh akan dikenakan terhadap pelanggan yang terlibat dengan kempen panggilan balik ini.




Nissan Navara
dari RM98,600
Nissan Serena e-Power
dari RM154,800
Nissan Kicks e-Power
dari RM113,800
Nissan Almera
dari RM83,888
Nissan Leaf
dari RM168,888
Nissan NV200
dari RM79,800