Triumph keluarkan teaser untuk Speed Triple baharu

Walaupun model naked 765 cc Street Triple cukup popular sekarang, Triumph masih tidak melupakan sebuah lagi model naked mereka, yang menggunakan enjin lebih besar iaitu Speed Triple. Syarikat itu telah mengeluarkan satu video teaser bagi model terbaru Speed Triple namun perinciannya masih belum didedahkan.

Konsep jahat digunakan dalam video ini, dan dibuka dengan pertanyaan siapa yang lebih hebat, sambil menampilkan pertembungan antara juara dunia tujuh kali, Carl Fogarty dan pemenang Isle of Man TT sebanyak dua kali, Gary Johnson.

Pelbagai aksi dilakukan menggunakan motosikal tersebut termasuk wheelie, burnout dan sliding. Turut boleh dilihat, model baru ini masih menggunakan lampu bentuk unik seperti Street Triple, tapi bahagian belakangnya lebih gemuk dengan adanya dua tabung ekzos yang terletak di bawah tempat duduk.

Turut boleh dilihat ada penggunaan meter digital TFT berwarna penuh seperti Street Triple. Lain daripada itu, daripada samar-samar video ini, kebanyakan bahagian lain motosikal masih kelihatan sama. Jadi jangkaannya, Speed Triple mungkin tidak diubah banyak dari luar dan mungkin turut melibatkan perubahan dalam enjin. Pada penghujung video ini, Triumph menyatakan Speed Triple baru akan membuat penampilan pada 29 Januari 2018.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required