BMW Malaysia keluarkan teaser untuk 8 Series di KL

BMW Malaysia keluarkan <em>teaser</em> untuk 8 Series di KL

Melalui laman sosialnya, BMW Malaysia mengeluarkan teaser terbaru bagi model yang akan dilancarkannya nanti. Daripada bayangan yang kelihatan, tak susah untuk diteka bahawa ia adalah model 8 Series, dengan penjelasan padanya berbunyi; “22.02.2018 Kuala Lumpur City Centre”

Dalam masa yang sama, jenama ini turut mengeluarkan siaran media dan menyebut tentang “sebuah program yang menakjubkan, dengan tumpuan kepada keinginan mendalam, pengelamanan eksklusif dan kemewahan progresif”, yang turut akan berlangsung pada 22 February ini.

Pada tarikh yang dinyatakan, antara lain kenyataan itu menyebut; “BMW Malaysia akan berkongsi visi tentang kemewahan dengan bandaraya Kuala Lumpur.” Maklumat lanjut akan didedahkan sebaik sahaja tarikh berkenaan semakin hampir nanti.

BMW Malaysia keluarkan <em>teaser</em> untuk 8 Series di KL

BMW 8 Series, sebuah jentera GT bersaiz besar – yang menghidupkan semula lencana 8 dan menggantikan 6 Series – masih belum diperkenalkan secara rasmi diperingkat global. Ada kemungkinan tak KL akan jadi pentas utama untuk pengenalan global berkenaan?

Tiada kepastian berkaitan hal ini. BMW Malaysia mungkin akan mempamerkan 8 Series Concept yang mula ditunjukkan pada May 2017 dulu ketika acara berkenaan. Imej yang sama juga pernah digunakan oleh BMW AG sebagai teaser unit konsep berkenaan tahun lalu.

Apa pun, BMW 8 Series dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Syarikat itu telah mengeluarkan video rasmi model ini ketika dalam ujian meinggu lalu, yang memaparkan coupe pacuan roda belakang ini dalam aksi yang menakjubkan. Akan ada juga versi M8 dan jentera litar M8 GTE.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required