Malaysia Speed Festival (MSF) Superbike Track Day dan Time Attack 2018 – 11 Februari di Litar Sepang

Malaysia Speed Festival (MSF) Superbike Track Day dan Time Attack 2018 – 11 Februari di Litar Sepang

Kalendar sukan permotoran tempatan akan bermula dengan meriah 11 Februari ini di Litar Antarabangsa Sepang dengan penganjuran Malaysia Speed Festival (MSF) Superbike Trackday dan Time Attack. Acara pada hari tersebut akan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Time Attack Bawah 400 cc dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi, Track Day Atas 400 cc jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang dan Time Attack Atas 400 cc jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Untuk kategori Time Attack Bawah 400 cc dan Track Day Atas 400 cc, bayaran yang dikenakan adalah RM350 bagi setiap penunggang, manakala bagi kategori Time Attack Atas 400 cc, RM450 setiap penunggang. Bayaran untuk Time Attack adalah termasuk untuk transponder, dan catatan masa rasmi akan disiarkan, bersama makanan ringan dan bufet makan tengahari mengikut kelas.

Format untuk Time Attack Bawah 400 cc adalah bebas, dengan semua penunggang pergi dalam satu sesi, manakala bagi kategori Atas 400 cc, mereka dibahagikan kepada kumpulan A, B dan C, mengikut catatan masa masing-masing. Trofi disediakan untuk pemenang podium untuk setiap kategori Time Attack, berdasarkan masa yang telah dicatat.

Malaysia Speed Festival (MSF) Superbike Track Day dan Time Attack 2018 – 11 Februari di Litar Sepang

Taklimat keselamatan akan diadakan pada jam 8.15 pagi, dan kehadiran adalah diwajibkan untuk semua penunggang yang terlibat. Mereka juga perlu mengenakan topi keledar full-face, jaket menunggang kulit penuh – single-piece atau two-piece – serta sarung tangan dan but. Pelindung belakang dan hadapan badan sentiasa disarankan.

Masuk ke bahagian grandstand dan paddock adalah percuma pada 11 Februari, tetapi penonton diingatkan supaya tidak memasuki bahagian pit motosikal. Pendaftaran dan bayaran untuk MSF Track Day dan Time Attack 2018, serta perkara lain berkaitannya boleh dilihat di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required