Malaysia Speed Festival (MSF) tampilkan ‘superbike track day’ buat julung kalinya – yuran serendah RM350

Malaysia Speed Festival (MSF) tampilkan ‘superbike track day’ buat julung kalinya – yuran serendah RM350

Kemuncak Malaysia Speed Festival (MSF) musim ini buat pertama kalinya akan memberikan peluang kepada penunggang superbike untuk merasakan pengalaman tunggangan di litar Sepang. Selama empat jam pada 2 Disember 2017 nanti, litar berkenaan akan dibuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertai superbike track day berkenaan. Yuran bagi mereka yang mendaftar sebelum 26 November ini ialah RM350 (RM450 selepas tarikh itu).

MSF Superbike Track Day akan diadakan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari pada 2 Disember, bermula dari kemudahan South Paddock di litar berkenaan. Untuk memastikan keselamatan ketika di dalam litar, semua peserta akan dikehendaki untuk menghadiri taklimat keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke litar. Selain itu, penunggang juga akan dibahagikan kepada tiga kumpulan (A, B dan C) bergantung kepada masa yang direkodkan – untuk mengasingkan penunggang yang perlahan daripada penungggang yang pantas.

Kumpulan A adalah untuk penunggang dengan masa di bawah 2:26:000; kumpulan B adalah untuk penunggang dengan masa di bawah 2:36:000 dan bagi mereka yang melebihi masa berkenaan akan berada dalam kumpulan C. Setiap kumpulan akan menunggang secara berterusan selama 20 minit.

Malaysia Speed Festival (MSF) tampilkan ‘superbike track day’ buat julung kalinya – yuran serendah RM350

Acara-acara lain yang turut akan berlangsung pada hujung minggu 2-3 Disember nanti ialah MegaLAP time attack, MSF Track Day untuk kereta, pameran menampilkan Mcclubz, BBQ dan cabaran Drift Gonzo pada hari pertama. Sementara itu, pada hari kedua, lanjutan bagi MSF Track Day untuk kereta dan MSF Racing Series dengan kategori Caterham akan diadakan. Kedua-dua hari akan melibatkan jualan makanan dan minuman serta zon riang untuk kanak-kanak.

Grandstand akan dibuka kepada umum secara percuma sepanjang dua hari acara ini berlangsung. Jika ingin lebih dekat dengan litar, tiket untuk kawasan paddock turut dijual; RM10 pada hari Sabtu dan RM20 pada hari Ahad untuk dewasa bagi pembelian sebelum 11 pagi (selepas itu harganya ialah RM35). Tiket boleh beli dilokasi, dan untuk kanak-kanak bawah 15 tahun adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tiket atau aturcara, sila layari laman web rasmi MSF Racing. Bagi penunggang yang ingin mempertajam kemahiran di litar, sila daftar dan buat pembayaran di laman rasmi MSF Superbike Track Day.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required