Treeletrik T-MV7 – kenderaan utiliti pelbagai guna tiba di Malaysia, ideal untuk kegunaan perniagaan kecil

Treeletrik T-MV7 – kenderaan utiliti pelbagai guna tiba di Malaysia, ideal untuk kegunaan perniagaan kecil

Sebelum ini, kami pernah laporkan berkaitan beberapa model motosikal yang dipamerkan oleh Treeletrik di Malaysia. Dan sekarang, ada satu lagi tambahan terbaru, sebuah kenderaan utiliti kompak pelbagai guna Treelektrik T-MV7.

Dari maklumat yang diterima, model ini khabarnya akan mula dijual dalam masa terdekat, walaupun setakat ini masih belum ada sebarang tanda harga diumumkan. Dan, kalau ada yang masih belum perasan, Treelektrik membawa masuk model-model kenderaan elektrik sepenuhnya, seperti lori kompak pelbagai guna yang ditampilkan ini.

Treelektrik T-MV7 ini beroperasi secara elektrik sepenuhnya, dengan kos yang didakwa hanya seredah RM0.03 (berdasarkan tarif elektrik RM0.28 bagi setiap kW/j). Datang dari mana model ini? Ia sebenarnya rebadge daripada model Cenntro Metro, yang dihasilkan oleh Cenntro Automotive Group.

Akan ada dua versi ditawarkan; satu menggunakan bateri lead asid (8.64 kWh), dan satu lagi hadir dengan bateri lithium-ion (14.4 kWh). Berat tanpa bateri kenderaan ini ialah 558 kg, sementara had maksimum muatan beban yang boleh dibawa ialah 615 kg.

Treeletrik T-MV7 – kenderaan utiliti pelbagai guna tiba di Malaysia, ideal untuk kegunaan perniagaan kecil

Model ini menggunakan bateri berkapasiti 72V yang mampu menghasilkan kuasa puncak sebanyak 32.2 hp (13.4 hp nominal power). Bagi bateri lead asid, ia mempunyai jangka hayat 45,000 km, dengan satu cas penuh boleh mencapai jarak 80 km perjalanan. Laju maksimumnya pula ialah 55 km/j.

Bagi versi lithium-ion pula, satu cas penuh boleh memberikan perjalanan sejauh 180 km, dengan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 80 km/j. Hayat baterinya pula ialah 100,000 km.

Ia merupakan kenderaan pacuan roda hadapan. Suspensi depan menggunakan leaf spring independen manakala di belakang menggunakan gelung penyerap hentak transverse independen. Keempat-empat roda menggunakan brek cakera dengan tayar bersaiz 175/65 R14.

Untuk pasaran Malaysia, terdapat empat pilihan bagi karga di belakang; panel tertutup, panel tertutup untuk barangan beku, panel terbuka serta bahagian belakang tanpa penghadang. Selain itu, ada tiga warna boleh dipilih; merah, biru dan putih.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required