Renault Malaysia anjur parti CNY hujung minggu ini – penjimatan sehingga RM30k, peluang menangi EV

Renault Malaysia anjur parti CNY hujung minggu ini – penjimatan sehingga RM30k, peluang menangi EV

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia akan menganjurkan parti di bilik pameran utama Renault di Petaling Jaya pada hujung minggu 3 dan 4 Mac 2018. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai tawaran hebat dan menyertai banyak aktiviti menarik.

Mereka yang membeli mana-mana model Renault pula berpeluang untuk memenang sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya, Renault Twizy bernilai RM86,800 dan enam hadiah pakej percutian dari Mayflower bernilai RM13,500 menerusi ‘Peraduan Beli & Menang’.

Tawaran hebat yang ditawarkan adalah sehingga RM30,000 menerusi kempen Renault ‘Favours the Bold’ yang berlangsung sehingga 31 Mac ini. Kempen ini menawarkan waranti lima-tahun atau pakej penyelenggaraan 100,000 km bernilai RM6,850 untuk Koleos SUV, Captur crossover dari hanya RM98,000 (harga asal RM109,000) dan Fluence sedan dari RM89,888 (jimat RM30k).

Sempena dengan Tahun Baharu Cina, Parti Hujung Minggu yang diadakan termasuk pelbagai aktiviti menarik, antaranya persembahan tarian singa (3 Mac, 1 tengahari hingga 2 petang), dengan DJ Arnold dari Morning Crew Hitz.fm bakal menghiburkan pengunjung (3 Mac), food truck untuk kedua-dua hari (12 tengahari – 2 pm) dan cabutan bertuah pada setiap jam. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah jam Cerruti dan cendehari sumbangan Raytech, GoCar dan Mayflower. Untuk kanak-kanak pula, aktiviti seperti mewarna juga akan disediakan.

Pengunjung juga berpeluang melihat Renault Megane GT secara lebih dekat dan memandu uji Twizy, di sampig model lain. Malah penilaian kenderaan juga disediakan oleh MUV, sementara pelanggan Renault juga boleh membasuh kenderaan secara percuma (siapa cepat, dia dapat, hanya 4 Mac sahaja).

Parti Hujung Minggu Renault ini bermula pada jam 11 pagi hingga 5 petang pada kedua-dua hari di Renault Petaling Jaya yang beralamat Lot 1A, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, Petaling Jaya. Juga boleh mencarinya menerusi waze ‘Renault Petaling Jaya’.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required