Mercedes-AMG C43 4Matic facelift didedah – enjin lebih berkuasa 3.0L V6, gaya baharu, elemen tambahan

Mercedes-AMG C43 4Matic facelift didedah – enjin lebih berkuasa 3.0L V6, gaya baharu, elemen tambahan

Tidak lama selepas pelancaran W205 Mercedes-Benz C-Class yang dipertingkatkan, kini tiba pula giliran Mercedes-AMG C 43 4Matic menerima model facelift. Peningkatan ini melibatkan estetika model ini termasuk elemen yang ditampilkan dan juga prestasinya.

Ia dipadankan dengan enjin 3.0 liter biturbo V6 yang ditala untuk menghasilkan kuasa sehingga 385 hp pada 6,100 rpm, iaitu lebih 23 hp berbanding sebelum ini. Sementara puncak torknya iaitu 520 Nm kini boleh diperoleh dari 2,500 hingga 5,000 rpm.

Transmisi automatik AMG Speedshift TCT 9G sembilan-kselajuan dipadankan dengan enjin ini, bersama sistem pacuan semua roda AMG Performance 4Matic. Gabungan tersebut membolehkan sedan ini hanya mengambil masa sekitar 4.7 saat untuk dipacu dari 0-100 km/j (4.8 saat untuk varian Estate). Kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 250 km/j.

Berkaitan dengan rekaannya, kereta baharu ini kini didatangkan dengan gril AMG twin-louvre dan tambahan flic untuk bampar hadapan, diikuti dengan elemen yang lebih kurang sama dengan model AMG yang lain seperti CLS 53. Sementara, bahagian belakangnya dilengkapi dengan diffuser yang lebih menyerlah dan paip ekzos yang lebih bulat.

Mercedes-AMG C43 4Matic facelift didedah – enjin lebih berkuasa 3.0L V6, gaya baharu, elemen tambahan

Ditambah juga dengan pakej penggayaan AMG pilihan, yang memberikan elemen splitter hadapan, spoiler lip, skirt sisi yang lebih lebar dan flic pada bampar belakang dengan kekemasan hitam berkilat.

Melengkapkan peningkatan gata ialah beberapa pilihan roda dari jejari berkembar lima standard 18-inci dalam warna tremolite grey, hingga ke jejari berkembar lima 19-inci dari tona tantalite grey, hitam berkilat atau hitam pekat.

Di dalamnya pula, bentangan kulit Artico, gentian mikro Dinamica dan alumnium menjadi pilihan. Kekemasan elemen tambahan termasuk kayuan oak, walnut dan aluminium untuk pintu dan kayuan kelabu bagi konsol tengah.

Jika gentian karbon lebih digemari, kekemasan AMG memadankan material dengan gentian kaca aluminium ringan dan gentian kaca matte. Terdapat juga pelbagai pilihan upholsteri, termasuk dari pelbagai reka bentuk.

Mercedes-AMG C43 4Matic facelift didedah – enjin lebih berkuasa 3.0L V6, gaya baharu, elemen tambahan

Bagi sudut teknologi pula, C 43 menerima kluster instrumen digital 12.3-inci dengan tiga gaya spesifik AMG yang boleh didapati –Classic, Sport dan Supersport. Paparan ini juga boleh dikustom mengikut fungsi spesifik seperti data enjin, g-force dan race timer.

Selain itu, sistem infotainmen kini dipadankan dengan paparan 10.25-inci (1920×720 piksel), yang telah dipertingkatkan dari unit 7-inci standard (960×540 piksel). Manakala tombol rotary COMAND masih dikekalkan, namun kini ditambah dengan butang Touch Control, serta roda stereng leper di bawah (turut hadir dengan kekemasan gentian mikro Dinamica) yang dibaluti kulit Nappa baharu.

AMG Track Pace turut dihadirkan dengan elemen termasuk sistem infotainmen COMAND Online, yang membolehkan pemiliknya mendapatkan data pemanduan-litar. Sistem kawalan Energizing turut diberikan untuk C 43 ini.

Lain-lain perubahan termasuk mod kelima, ‘Slippery’, untuk sistem AMG Dynamic Select, yang menyertai mod sedia ada;‘Comfort,’ ‘Sport,’ ‘Sport+’ dan ‘Individual’. Mod ini mengubah karakteristik penjana kuasa dan juga suspensi AMG Ride Control dan stereng sensitif-kelajuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required