Mercedes-Benz umum pengecas Wallbox baharu – kebolehan-Internet, keupayaan cas sehingga 22 kW

Mercedes-Benz umum pengecas Wallbox baharu – kebolehan-Internet, keupayaan cas sehingga 22 kW

Mercedes-Benz telah mengumumkan pengecas elektrik Wallbox baharu bakal memasuki pasaran tahun ini. Unit pengecas di rumah generasi akan datang untuk kenderaan elektrik dan plug-in hybrid ini ditampilkan dengan perumah yang lebih elegan dan pengurusan kabelnya telah dipertingkatkan. Elemen baharu termasuklah pengecasan yang lebih pantas berbanding soket dinding domestik, dengan keupayaan pengecasan sehingga 22 kW.

Keupayaan yang dipertingkatkan adalah sejajar dengan yang diumumkan oleh pengeluar kereta ini iaitu untuk pengecas on-board baharu yang terdapat dalam plug-in hybrid generasi ketiga. Unit ini pertama kali dilihat pada GLC F-Cell dan S 560 e di Frankfurt tahun lepas.

Pengecas on-board baharu ini tampil dengan kadar pengecasan sebanyak 7.2 kW, sekali ganda dari sebelum ini iaitu hanya 3.6 kW. Sekaligus membolehkan kenderaan dicas penuh dalam tempoh dua jam menerusi Wallboc, iaitu empat kali lebih pantas berbanding soket dinding domestik.

Mercedes-Benz umum pengecas Wallbox baharu – kebolehan-Internet, keupayaan cas sehingga 22 kW

Wallbox Intelligent Advanced dan Twin wallboxes memiliki kebolehan-Internet, dengan meter elektrik terbina dalam dan kawalan akses oleh RFID (radio frequency identification). Bagi Intelligent, varian ini membolehkan pengecasan yang mudah dengan fungsi tambahan menerusi aplikasi telefon pintar baharu, dengan parameter termasuk kawalan pengecasan, pengurusan pengunaan dan gambaran keseluruhan penggunaan.

Unit ini turut menawarkan pengurusan kenderaan secara individual, dan Mercedes-Benz berkata ia tidak memerlukan peningkatan yang mahal untuk sambungan sedia ada sekiranya wallbox telah siap dipasang, hasil dari perkongsian kuasa pengecasan. menerusi pengurusan. Bagi Wallbox Twin pula, dua kenderaan dapat dicas dalam masa yang sama dengan wallbox yang sama, sehingga 11 kW setiap satu.

Wallbox Home dan Advanced bakal tiba di pasaran Eropah pada pertengahan tahun ini, sementara varian Twin pula akan menyusul selepas itu. Menurut Mercedes-Benz, wallbox ini boleh didapati di lebih 40 pasaran secara global.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required