Mercedes-Maybach S-Class tampil lampu hadapan digital yang mampu memancarkan simbol pada jalan

Mercedes-Maybach S-Class tampil lampu hadapan digital yang mampu memancarkan simbol pada jalan

Mercedes-Maybach bakal memperkenalkan sistem lampu hadapan digital di Geneva Motor Show 2018 yang bukan hanya mampu menghasilkan cahaya, tetapi turut mampu memancarkan pelbagai simbol dan berfungsi seperti projektor. Sistem yang digelar sebagai Digital Light berkenaan didakwa tidak akan menyilaukan dan dibina dengan kualiti HD bersama resolusi lebih dari dua juta piksel.

Teknologi lampu digital ini merupakan salah satu komponen dalam strategi Intelligent Drive Mercedes-Maybach – yang membantu sistem bantuan pemanduan dan komunikasi. Ia menawarkan cahaya yang lebih jitu berbanding sistem Multibeam LED dan mampu memberikan cahaya yang ideal untuk setiap situasi pemanduan berbeza dan meminimakan risiko terhadap pemandu lain kerana ia tidak menyilaukan.

Lampu hadapan berteknologi HD ini berfungsi dengan cip yang mengawal jutaan reflektor-mikro atau lebih dari dua juta untuk setiap kereta. Pelbagai kamera dan sistem penderia dipadankan pada kereta yang akan mengesan pengguna jalan raya lain, kemudian komputer berkuasa tinggi akan menilai data tersebut bersama peta navigasi dalam masa milisaat, akhirnya cahaya lampu terbaik akan dihasilkan berdasakan semua situasi.

Mercedes-Maybach S-Class tampil lampu hadapan digital yang mampu memancarkan simbol pada jalan

Seperti yang disebutkan tadi, lampu digital ini juga mampu memancarkan simbol dalam kualiti HD pada permukaan jalan raya. Sistem ini dibantu dengan perisian teknologi Digital Light. Ia bukan sahaja memberikan informasi kepada pemandu, malah ia juga sebagai langkah kedua yang membolehkan kereta tersebut berkomunikasi dengan sekelilingnya.

Apabila memandu pada kawasan pembinaan, lampu ini akan memancar logo amaran bersama dua garisan sebagai panduan laluan yang selamat untuk dilalui oleh pemandu. Jika ada pejalan kaki dikesan pada kawasan berbahaya berhampiran jalan raya, anak panah yang menunjukkan kearahnya akan muncul pada permukaan jalan sebagai amaran tambahan selain yang telah ditunjukkan oleh sistem bantuan lampu tinggi adaptif.

Mercedes-Maybach S-Class tampil lampu hadapan digital yang mampu memancarkan simbol pada jalan

Sistem ini juga mampu untuk memaparkan isyarat jarak bagi membantu pemandu untuk melaraskan jarak mereka berdasarkan situasi. Sekiranya pemandu mengaktifkan kawalan jarak Distronic Plus atau mengubah jarak standard, jarak yang sesuai akan dipancarkan terus ke permukaan jarak. Sistem ini turut memancarkan informasi dan amaran berkenaan bahaya, contohnya jika kereta bergerak keluar dari laluan dan masuk ke laluan bertentangan, simbol sistem bantuan kekal lorong akan terpapar pada permukaan jalan.

Buat permulaan, antara simbol yang akan dipaparkan pada sistem ini adalah termasuk permukaan dengan cengkaman rendah, kawasan pembinaan, amaran pelanggaran belakang, bantuan kekal lorong, titik buta dan had kelajuan. Sistem ini dijadualkan akan mula masuk kepasaran pada separuh pertama tahun ini, tetapi ia hanya ditawarkan kepada “pelanggan flit terpilih” terlebih dahulu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required