Tech 3 guna jentera KTM RC16 bermula tahun 2019

Tech 3 guna jentera KTM RC16 bermula tahun 2019

Selepas 20 tahun bekerjasama dengan Yamaha, pasukan baru Hafizh Syahrin dalam perlumbaan MotoGP iaitu Tech 3 akan menggunakan khidmat rakan kongsi baru bermula tahun 2019 – KTM. Melalui kerjasama baru ini, KTM akan membekalkan jentera untuk pasukan Tech 3, menjadikan keseluruhannya empat RC16 berlumba dalam kategori premier MotoGP.

Selain daripada itu, KTM juga sekarang mempunyai pasukan dalam semua kategori perlumbaan berprestij tersebut, dengan dalam MotoGP, mereka menggunakan khidmat Bradley Smith dan juga Pol Espargaro. Bagi Tech 3, pelumba mereka yang ada sekarang adalah Johann Zarco dan Hafizh Syahrin, tetapi mereka masih belum disahkan akan berlumba menggunakan jentera KTM nanti. Seperti yang diketahui, kontrak Hafizh juga adalah untuk satu tahun sahaja setakat ini.

“Kami sangan gembira untuk bergabung dengan Tech 3 dalam MotoGP bermula tahun 2019. Pasukan ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan telah mencapai banyak keputusan yang baik dalam kejuaraan ini. Struktur profesional mereka akan menjadikan kami lebih kuat. Mempunyai empat jentera RC16 dalam perlumbaan ini juga adalah satu langkah yang besar untuk kami; untuk pembangunan jentera MotoGP sendiri dan mengembangkan lagi struktur KTM di paddock,” kata pengarah KTM Motorsport, Pit Bierer.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required