Kia Carnival facelift 2018 diperkenalkan di Korea

Kia Carnival <em>facelift</em> 2018 diperkenalkan di Korea

Kita baharu sahaja menerima Kia Carnival generasi ketiga tahun lalu, namun untuk pasaran Korea, MPV bersaiz besar berkenaan kini telah pun diperkenalkan pada fasa facelift. Model yang dipertingkatkan berkenaan menerima pelbagai penyegaran dari segi rupa dan kelengkapan, serta dijual dalam konfigurasi tujuh-, sembilan- dan sebelas-tempat duduk pada pasaran negara asalnya.

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar, Carnival facelift ini menerima gril baharu bersama lampu hadapan yang direka semula serta juga lampu kabus LED “kiub ais”. Varian lebih rendah pula diberikan lampu hadapan projektor halogen (dengan lampu nyalaan siang) serta lampu kabus biasa.

Manakala pada bahagian belakang pula, lampu LED MPV ini menerima rekaan grafik baharu (berbeza berdasarkan konfigurasi tempat duduk). Ia juga menampilkan dua rekaan bampar berlainan – model 11-tempat duduk menerima rekaan seperti SUV, manakala model tujuh- dan sembilan-tempat duduk diberikan elemen rekaan seperti diffuser dan juga perumah refkletor/lampu kabus kemasan hitam disekelilingnya.

Kia Carnival <em>facelift</em> 2018 diperkenalkan di Korea

Pintu gelangsar dengan bantuan kuasa masih lagi ditawarkan, dan kini turut boleh dioperasikan dengan hanya menekan butang kawalan pada pembuka pintu. Tiada lagi brek parkir menggunakan kaki pada model ini, dan ia digantikan dengan brek parkir elektronik.

Untuk ‘karnival’ di dalam Carnival pula, penumpang boleh menggunakan sistem infotaimen dengan skrin utama 8-inci UVO, dihubungkan kepada lapan pembesar suara sistem bunyi premium dari Krell. MPV ini turut hadir dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar, monitor pandangan sekeliling, dan juga port kuasa 220-volt.

Bagi sistem keselamatan, Carnival facelift dibekalkan dengan teknologi bantuan pemanduan Kia Drive Wise yang terdiri dari sistem amaran keluar laluan, bantuan pengelak pelanggaran hadapan, bantuan lampu tinggi dan juga cruise control adaptif.

Bagi pasaran Korea, dua pilihan enjin ditawarkan untuk Carnival iaitu 2.2 liter turbodiesel berkuasa 202 hp/441 Nm dan juga 3.3 liter GDI petrol menjana 280 hp/336 Nm. Kedua-dua enjin tersebut digandingkan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik yang menggantikan unit enam-kelajuan automatik pada model sebelumnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required