VIDEO: Hyundai Veloster rempuh lori di Bertam

Kenapa kerajaan sering kali melaungkan slogan “Pandu Cermat, jiwa selamat” dalam kempen keselamatan jalan raya selama bertahun-tahun sedari dahulu? Hah! Inilah jawapannya. Kecuaian mengundang padah, walau tiada siapa mahu berhadapan dengan insiden sebegini.

Video yang dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Min menerusi laman Facebook peribadinya yang memaparkan rakaman yang mungkin dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit, sebuah Hyundai Veloster kelihatan dipandu dalam keadaan yang tidak begitu stabil, ke kiri ke kanan, yang akhirnya mengundang padah apabila terlanggar bahagian sisi belakang sebuah lori. Sekaligus menyebabkan kerosakan teruk pada kedua-dua buah kenderaan terbabit.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di Bertam, Pulau Pinang, menghala ke Sungai Petani, iaitu sejurus hentian rehat Sungai Muda, walau bagaimana pun tidak melibatkan kenderaan lain. Malah keadaan pemandu/penumpang kedua-dua kenderaan yang remuk teruk itu juga tidak diketahui nasib mereka. Moga tiada kecederaan serius mahu pun kehilangan nyawa.

VIDEO: Hyundai Veloster rempuh lori di Bertam

Mungkin pemandu Veloster putih berkenaan mengantuk (atau entah apakah puncanya yang terdorong dia memandu dalam keadaan sebegitu) berdasarkan corak pemanduannya yang agak berbahaya itu, malahan kenderaan yang dipacunya juga kelihatan agak laju.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, sekiranya anda berada dalam keadaan mengantuk, kepenatan atau pun kurang sihat, silalah elak dari memandu. Atau pun berhenti seketika di kawasan yang selamat (misalnya di hentian rehat) dan berehat seketika sehingga keadaan anda mengizinkan untuk meneruskan pemanduan. Anda juga sangat tidak patut memandu sekiranya di bawah pengaruh ubat yang membuatkan anda mengantuk, apatah lagi jika anda khayal kerana mengambil barang terlarang (dadah dan sebagainya) atau pun mabuk!

Jika keadaan anda benar-benar tidak mengizinkan anda untuk meneruskan pemanduan, sila minta bantuan keluarga mahu pun kenalan untuk membantu anda (jika anda keseorangan, telefon saja mereka) atau pun penumpang (yang boleh memandu) untuk mengambil alih tugas anda sebagai pemandu. Jangan sesekali memaksa diri terus memandu sedangkan minda anda gagal atau pun tidak stabil untuk meneruskan konsentrasi dalam pemanduan. Jangan abaikan nyawa dan keselamatan anda serta orang lain.

Satu lagi pesanan kami, jangan gunakan telefon bimbit sewaktu sedang memandu! Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required