JPJ nafi semua kenderaan asing yang masuk ke negara ini diwajibkan daftar VEP mulai 1 Mei ini

JPJ nafi semua kenderaan asing yang masuk ke negara ini diwajibkan daftar VEP mulai 1 Mei ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan penularan isu mengenai pelaksanaan mewajibkan semua kenderaan asing yang memasuki negara ini perlu mendaftar secara online untuk Vehicle Entry Permit (VEP) berkuatkuasa 1 Mei 2018.

Menurut JPJ, VEP masih lagi diperingkat ujian dan pengesahan sistem bagi memastikan kestabilan dan kesempurnaan sistem sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan.

“Sehubungan itu, kami ingin ditegaskan bahawa pada masa ini tiada sekatan terhadap kenderaan dari luar Negara atau Singapura yang masuk tanpa pendaftaran permit masuk atau VEP. Masyarakat dimohon agar tidak terpengaruh dan mempercayai sebarang dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebarang maklumat berkaitan penguatkuasaan sistem VEP ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sila layari https://vep.jpj.gov.my/#/about untuk maklumat lanjut,” ujar kenyataan terbabit.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada awal bulan lalu, sistem VEP bakal dilaksanakan pada hujung bulan April ini.

Menurutnya lagi tag VEP berkenaan yang menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) dan diintegrasikan dengan sistem pembayaran tanpa menggunakan wang tunai yang dibangunkan ‘Touch ‘n Go’, akan turut dilaksanakan di laluan Malaysia-Thailand tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required