Kaji semula rekabentuk, lokasi kemudahan berteduh untuk penunggang, pembonceng motosikal – MIROS

Kaji semula rekabentuk, lokasi kemudahan berteduh untuk penunggang, pembonceng motosikal  – MIROS

Ekoran kemalangan motosikal yang berteduh di bawah jambatan kerana hujan dirempuh oleh kereta, pada Sabtu lalu, yang berlaku di di KM258 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Port Dickson, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa agar pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya perlu mengkaji semula rekabentuk serta lokasi kemudahan berteduh untuk penunggang dan pembonceng motosikal bagi menjamin keselamatan mereka.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, perhentian motosikal itu seharusnya berada dalam keadaan terang dan tidak terlindung daripada pandangan pengguna jalan lain.

“Tempat berteduh itu seharusnya tidak berada di selekoh untuk mengelakkan penunggang atau motosikal mereka dirempuh kenderaan terbabas. Pada masa sama, tempat berteduh terbabit perlu mempunyai ruang mencukupi serta dilengkapi penghadang untuk melindungi penunggang, pembonceng dan motosikal mereka,” katanya seperti mana yang disiarkan oleh Berita Harian.

Lee berkata, penunggang dan pembonceng motosikal perlu memastikan diri mereka boleh dilihat jelas oleh pengguna jalan yang lain terutamanya ketika hujan. Antaranya, mereka boleh memakai baju hujan berwarna terang atau yang mempunyai ‘reflector’ untuk meningkatkan kebolehlihatan. Selain itu, pastikan kawasan berteduh adalah kawasan sesuai dan memang dikhaskan untuk motosikal

Kaji semula rekabentuk, lokasi kemudahan berteduh untuk penunggang, pembonceng motosikal  – MIROS

Tambah Lee lagi, menurut Kaedah 53 dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sebarang kenderaan boleh diletakkan atau menggunakan lorong tambahan atau bahu jalan kecuali kenderaan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ambulans, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam dan Jabatan Penjara.

“Penunggang motosikal dan pembonceng dinasihatkan tidak berteduh atau berhenti seketika untuk memakai baju hujan di bawah jejambat atau di tepi jalan kerana boleh mengundang risiko dilanggar kenderaan lain. Mereka sepatutnya berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau tempat berteduh khas kerana boleh melindungi mereka serta pembonceng dirempuh kenderaan lain ketika hujan apabila jarak pandangan menjadi terhad manakala permukaan jalan licin,” katanya.

Lee berkata, sebelum ini Kementerian Kerja Raya mengarahkan semua pemegang konsesi lebuh raya menyediakan hentian berteduh khas untuk penunggang dan pembonceng motosikal bagi menjamin keselamatan mereka.

Menurutnya, MIROS dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sudah beberapa kali membangkitkan isu itu apabila mendapati kebanyakan lebuh raya serta jalan raya tidak mesra pengguna motosikal, sekali gus meletakkan golongan terbabit dalam keadaan berisiko.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required